Friday, May 24, 2013

FAKTA TENTANG CECAIR AMNIOTIK

Helo.. Selamat menyambut hari Wesak!

Harini aku nak bukak cerita pasal cecair amniotik atau biasanya dipanggil air ketuban. Kesedaran ni bermula bila aku dpt mesej dari akak aku yg dia kene beranak awal atas sebab kekurangan air ketuban. Jadinya aku pon nak tau la macam mane die boleh kurang. Aku tanye akak aku, dapat la sikit info. Cuba plak tanye akak-akak kat opis aku, tapi takde sorang pon yg tahu. huh! So, aku pon feeling2 pakar sakit puan la nak mengkaji pasal benda ni.

Ramai kaum ibu hamil yg tak tahu atau tak pernah nak amek tahu pasal cecair ni.

Cecair ini berasal dari rembesan kulit dan air kencing bayi di dalam rahim. Air kencing yang dihasilkan oleh bayi juga sebenarnya berfungsi untuk buah pinggangnya kerana bayi akan menelan semula cecair tersebut. Ini bermaksud fungsi buah pinggang dan gastrous bayi dalam posisi yg normal.

Pada awal kehamilan air ketuban ini hanya air sahaja. Selepas 12 minggu kehamilan air ketuban ini dipenuhi dengan zat-zat gizi seperti karbohidrat dan protein. Air ketuban juga bertambah selari dengan perkembangan bayi sehingga mencecah 39 minggu. Setiap ibu hamil yg normal mengandungi hampir 2liter air ketuban. Kecuali berlaku kebocoran.

Jika air ketuban kurang ia menunjukkan bahawa bayi anda sebenarnya tidak berjaya menghasilkan air kencing yg mencukupi untuk dirinya sendiri.

Fungsi air ketuban :-

1.  bertindak sebagai kusyen untuk melindungi bayi daripada trauma akibat hentakan dan sebangainya.
2.  menstabilkan suhu persekitarannya.
3.  melindungi dan mencegah tali pusat dari kekeringan yg boleh menyebabkannya mengerut dan seterusnya meghalang penyaluran oksigen melalui darah ibu kepada janin.
4.  membolehkan bayi bergerak lebih bebas, membantu sistem pencernaan janin, otot dan tulang rangka serta sistem pernafasan bayi supaya berkembang baik.
5.  sumber nutrien kepada bayi ntuk sementara waktu
6.  selaput ketuban dengan cairan ketuban di dalamnya merupakan penahan untuk bayi dan rahim terhadap kemungkinan jangkitan kuman dan virus

Punca-punca air ketuban berkurangan :-

1.  Koyakan pada dinding air ketuban
     - koyakan kecil pada dinding air ketuban menyebabkan cecair ketuban keluar. Ia boleh berlaku pada mana-mana trimester, tetapi kebanyankannya terjadi apabila menghampiri tempoh bersalin. Koyakan ini meningkatkan risiko jangkitan pada ibu dan bayi kerana koyakan ini memberi laluan kepada bakteria untuk masuk ke kawasan air ketuban. kebiasaannya, koyakan ini akan sembuh sendiri dan paras air ketuban akan kembali normal.

2.  Masalah Placenta
    - masalah pada placenta seperti placenta abruption, menyebabkan bekalan darah dan nutrien berkurangan pada bayi anda dan menyebabkan bayi berhenti mengitar semula.

3.  Keadaan kesihatan
    - seperti yg dinyatakan, beberapa keadaan seperti, pre-eclampsia (tekanan darah tinggi), diabetes dan lupus boleh menyebabkan kekurangan air ketuban.

4.  Mengandung kembar 2 atau lebih
    - ibu mempunyai risiko yg tinggi untuk kekurangn air ketuban jika mengandung kembar 2 atau lebih. Keadaan ini berlaku akibat sindrom peralihan cecair kembar kepada kembar di mana seorang kembar membentuk air ketuban yg kurang dan seorang lagi membentuk air ketuban yg banyak.


Ketidaknormalam fetus

Sekiranya ibu didapati mempunyai air ketuban yang kurang semasa trimester pertama dan kedua, berkemungkinan bayi ada mengalami masalah. Sekiranya buah pinggang bayi tiada atau tidak terbentuk dengan sempurna(Potter's syndrome) atau saluran urin bayi tersumbat, bayi tidak dapat membentu urin yang cukup untuk memastikan air ketuban berada pada paras yang normal. kegagalan jantung juga bole menyebabkan masalah ini.Sekiranya ibu mengalami kekurangan air ketuban, doktor akan memeriksa bayi dengan lebih berkala untuk memastikan perkembangan bayi yang sempurna.

 Sekiranya ibu menghampiri tempoh bersalin, ibu akan di induce. Dalam sesetengah kes, ibu akan dinasihatkan untuk bersalin awal - cthnya jika ibu mengalami pre-eclampsia

Bayi anda akan diperiksa lebih teliti dengan melakukan ultrasound yang lebih kerap. Ibu akan diminta untuk minum air yg banyak, melakukan pengiraan tendangan bayi dan segera maklumkan kepada doktor sekiranya ibu mengesan pergerakan bayi semakin kurang aktif.

Kekurangan air ketuban meningkatkan risiko komplikasi semasa bersalin. Apabila paras air ketuban rendah, pergerakan bayi ataupun contraction ibu menekan tali pusat.

Pembedahan akan dilakukan sekiranya doktor atau bidan mendapati proses kelahiran yang normal membahayakan bayi anda. 






**info ni di atas ni aku dapat dari banyak sumber. Mungkin ade banyak kekurangannya. Untuk info lebih tepat, rajin-rajinlah bertanya pada yg pakar ye..!**


1 comment:

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...