Tuesday, February 22, 2011

BANTAH SEKOLAH DISWASTAKAN



KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) semalam membantah langkah menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata, dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu terhad kepada penambahbaikan infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Katanya, penswastaan bidang lain akan melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lalu bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan. - Bernama

Sumber: Metro

p/s: kalau jadi lah kan.. nasib aku dah abis sekolah


-cikmona-

Tuesday, February 15, 2011

LOVE, NORA xoxo

jap jap. sebelum memulakan cerita aku nak amek mood jap... *inhale.. inhale..*

MOOD: IN LOVE, JIWANG, JIWANG KARAT, TANGKAP LELEH. *dah macam nama album yang kat tv tu pulak.*



seperti yang dikepohkan dekat surat khabar dan channel2 tv bila valentine's day nak dekat *i tak sambut! DIULANGI, i tak sambut okeyy*, mulalah segala cerita tangkap cintan nak keluar. tapi dalam banyak2 aku macam terasa nak layan 1 cerita ni laa.. mula2 tengok iklan macam pelik je cerita ni. tapi bila satu hari aku terbaca sinopsis dia kat paper terus terasa macam nak tengok je. set dalam kepala hotak ni 14 feb, 10pm, astro citra (channel 131). huuu..

cerita ni memang bes lah orang kata.! kene pulak lagu dia tu lagu memori tercipta-shila (ehh macam nama aku), memang tangkap leleh habis ah. nasib baik hati kering yang cuma basah dengan darah ni menyelamatkan mata aku dari membazirkan air dalam badan ni

p/s: aku terasa nak buat entry pasal ni sebab tengah hari tadi aku baru je tengok ulangan dia. huhu.. bes bes! lepas ni kalau dah keluar kat youtube nak hadap cerita tu kat situ plak.


-cikmona-

SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDURRASUL 1432H


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal s oleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

-cikmona-

Monday, February 14, 2011

TARIAN SINGA. dung dung ceng!

haa ni nak habaq maii ni.. aku tau walaupun raya cina dah abis (iku kelender la..) tapi bg kaum cina mungkin raya dia tak habis2 lagi. macam raya kita jugak kan.. 30 hari.

kali ni aku bukan nak cerita pasal raya cina ke hape.! tapi aku nak cerita pasal baru2 ni aku sempat la jugak intai2 singa berjoget kat pantai hospital tempat ibu aku bekerja.

so bila takde benda nak ni bebel kan.. aku kasik nengok gamba je la ^^

+

+

+

+

+



ni band2 dia.. ecewahh BAND.. tak bole blah! ooh tak silap aku ada sorang member dorang ni berbangsa india (1 m'sia la katakan). tapi bole spekong chinese tau.. wa tao showa.. *aku pon bole cakap cina. huh!*


ni la tiang yang bakal dipanjat singa tu. tinggi oo.. da lah jarak dia jauh2 plak tu.! kakutnyaa..!


haa tu dia.. singa tengah siap2 nak berjoget2 dah tu..


tu dia.. tu dia.. da maii dah.. panjat2 dah tu..


rilex jap.. duduk2 ambik mood..


hah tengok2 dah berdiri dah.! ni la yg aku tunggu2 sangat. dah macam hanjeng pulak bila dia berdiri ni. ada ke singa berdiri? takpe lah. tak kesah lah..


ni da sampai hujung. so dia nak patah balik lah ni. pastu saja buat2 nak jatuh. konon cam nakal2 tak turun balik la camtu. ngade lah singa ni. ekceli i suke tengok ekor dia yang kontot tu.. aww comelnya!


ha tu dia dah bangun nak turun balik..


ooh sementara tu sempat jugak dia benti sat sebab nak sembur mende yang kaler2 tu.. aku kan berdiri kat depan tu. so mende tu jatuh2 kat aku.. wiwit! rasa macam prinses je time tu kalau jalan nanti ade orang tabur2 bunga *berangan je la kau cila!*


hah tengok lah iman si batak ni. sebok nak bergambar dengan kepala singa tu.! huh




kat sini ada la sikit bedio yang sempat aku rakamkan.. bedio nilah yang akan mendedahkan disebalik ke-terer-an dorang tu. ekceli masa nak mula tarian singa ni, dorang ada jatuh 2 kali tau atas sebab tiang yang tak stabil dan bergoyang2.. kesian gila.. 2nd time jatuh tu orang depan dia terhantuk kat tiang besi. sikit lagi nak kena mata. owww :( tapi dorang steady je.. huhu. tapi kat bedio ni cuma ada gamba masa mula2 dia jatuh tu je. tu pun kebetulan tak expect pun dia nak jatuh tergolek2 cam tu..

-cikmona-

Thursday, February 10, 2011

CONTEST: COMELNYA BERBAJU KURUNG

helo.. ini adalah kali pertama saya join contest. selama ni tak pernah rasa macam nak cuba ke apa ke.. kali ni titibe pulak terasa nak join. takpe lah kita cuba je kan..

so kita punya contest kali ni dianjurkan oleh cik siti kita ni ha..



untuk maklumat lebih lanjut sila TEKAN


tapi! sebelum saya meletakkan gambar saya berbaju kurung saya perlu menjawab soalan ni dulu..

soalannye berbunyik macam ni..
Kenapa korang rasa perempuan pakai baju kurung itu comel?

jawapan saya..
Saya rasa perempuan pakai baju kurung itu comel kerana ianya menampakkan kesopanan keanggunan dan keayuan seseorang individu itu berbanding dari memakai seluar. jadi bila digabungkan ketiga tiga elemen tu maka teserlahlah kecomelannya serta manis je bila dipandang. bak kata orang tua tua sedaplah sikit mata memandang :)



taraa! ni lah gamba saya. saya pilih gamba ni sebab ramai yang suka tengok gamba saya tolak kereta ni. (harap harap cik siti pun suka la jugak. huhuhu..). dan sebab saya letak gamba ni jugak kerana saya ingin menunjukkan walaupun seseorang perempuan tu memakai baju kurung tak bermakna dia seorang yang lemah, lembik dan sebagainya.

sebelum saya mengakhiri contest ni saya nak kena jawab soalan terakhir dari cik siti ni. cik siti telah menanyakan pendapat tentang baju kurung..

jadi pada pendapat sayalah, baju kurung ni macam evergreen fashion lah.. bak kata orang melayu tak luput dek zaman gitu.. pakai la sampai bila2 pun orang takkan kata kita outdated, walaupun kita memakai rekaan asal baju kurung tu (maksudnya sebelum dimodenkan macam sekarang ni). tak macam fesyen fesyen lain yang hanya mengikut perkembangan semasa, lepas tu bila dah lama2 orang dah tak pakai lagi. jadi kesimpulannya kita haruslah berbangga dengan pakaian tradisional kita. tak payah lah nak malu malu. daripada kita pakai pakaian yang terdedah sana terdedah sini lagilah malu.!

*huu panjang pendapat saya. berpeluh cik siti kita nak baca.*

oke second last punya syarat contest ni adalah follow cik siti kita ni.. dan saya dah pun follow! :)

dan yang last last last skali tag 5 orang kawan kita. (pastikan mereka tu perempuan. haha)


saya tag :


-cikmona-

Wednesday, February 9, 2011

OPIS SAYA CUBA DIMASUKI PENCURI?!

hah ni memang kisah benar2 saya. selama ni aku takde lagi pengalaman macam ni lagi. so ini adalah 1st time tengok benda2 cam ni. cerita ni dah lama. benda ni jadi pada januari 2011. tapi tarikhnya saya dah lupa la pulak..

so yang perasan benda ni bukan la saya. tapi kak ita salah sorang staff kat situ jugak. kat opis kitorang ni ada 2 toilet. masa hari kejadian.. (sory ayat poyo sikit) saya telah betapa di dalam jamban yang biasa digunakan oleh staff2 kat sini. pada masa sama jugak kak ita ni pulak dah tak tahan nak pakai toilet. tunggu punye tunggu saya tak keluar2. so dia pun tergeraklah hati nak pakai toilet yang lagi 1 tu.. (toilet tu memang jarang sekali digunakan). bila dia bukak je pintu.. tiba-tiba........ OMG!! punyalah terkejut bila tengok 3 keping cermin tingkap opis kitorang dah kena bukak. dan bila dia check punya check dia nampak ada kesan calar orang nak korek kunci pintu tapi tak boleh nak bukak. kesimpulannya cubaan nak mencurik opis kitorang ni tak berjaya lah.. hah padan muka korang!




ni la tingkap kitorang yg kena bukak tu. even kitorang tak pasang geril macam opis lain buat tapi orang tak tau macam mana dalam opis kitorang. nak bukak pintu macam nak bukak peti besi wehh.. segala kunci mangga sana sini wehh.. pintu toilet je keliling kunci die. sebab tu la tak boleh masuk..! huh!


dia gunakan pallet ni untuk panjat tingkap.


jadiklah macam ni..


ni dari dalam tandas.


hah melopong la toilet kitorang.. nasib baik keca tingkap tu tak pecah. bole la pasang balik. haha


sebabkan menda ni esoknya bos saya pergi buat police report. beberapa hari kemudian polis datang. tapi biasalah polis.... kes tak besar mana datang buat syarat je la dia.. pastu bagi la tips sikit pastu blah lah..! huh!


-cikmona-

Tuesday, February 8, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO YOUUU..

hah terlambat update pulak saya pasal birthday kakak sulung saya. huh mesti beliau kecewa yang teramat sangat (puuh poyonya ayat haku!).

oke takpe2 kita sambung je cerita..

KLANG: Pada 31 january 2011 kami sekeluarga telah meraikan hari jadi kakak saya ASMA AMIRAH MASDAR di WARONG WARISAN ASLI. Dia yang juga dikenali sebagai MOQ telah menyambut ulang tahunnya yang ke-22. *huyooh macam baca berita dekat surat khabar laa..*

"

"

"

"

"

"

"


ni lah birthday girl kita harini.!!


iman dengan babah saya. time ni iman tengah azan sekuat2 hati kat restoren tu. orang yang dengar mesti rasa nak taubat je terus.! *biasalah budak2 kalau baru blaja 1 benda. nak kecoh 1 dunia!*


ni ibu sayalah.. ehh pis pis pulak.!


ni segala air yang kitorang order. bandung laici ada.. tembikai laici ada.. barli panas ada (utk org tak sihat mmg minum panas2. haha). lemon tea ada.. barli ice pun ade jugak..


kentang goreng. memang kaw2 die bagi kentang gorang yang die potong panjang2 cani. tapi memang marbeles la rasa dia orang kata!


teloq bungkuihh..


sayur apa ntah nama dia. lupa sudah..


udang goreng! nyam nyam.. tapi saya tak makan sebab saya elergic dengan segala seafood kecuali ikan. tu pon tak semua ikan. salan makan ikan je habis satu badan gatal2 garu2 macam beruk makyeh..!


ni tomyam ayam. fuuh sedap gila gaban.! :)


sup daging pun ada wehh..


ni la segala yang kitorang makan. nasik putih ada 5 pinggan tapi meja besar sangat! tak muat nak masuk kemre. cis!



last sekali saya nak kata HAPPY BIRTHDAY MIRA!

- dengar2 tahun depan nak kawen! so janganlah dilambat2 kan.. cepat2 lah kawen tu ye.. aku nak merasa tidur sorang2 kat bilik rumah baru nanti. tak payah share dengan kau lagi. ghahahah! *sukanya haku!*


-cikmona-

Monday, February 7, 2011

SERIOUS.. MENGANTUK GILA!


huh siyes hari ni memang mengantuk gila.! maklumlah baru habis cuti panjang raya cina hari tu kan.. 4 hari tu.. mau tak terkejut badan ni tiba2 je nak kene pergi kerja (pemalasnya kau ni cila).

selalu time cuti bangun asek2 tengah hari je, tiba2 hari ni kene bangun awal pagi pulak. dah lah semalam berjalan sakan sampai ke petang. lepas tu tidur lambat sampai pukul 2am pulak tuh.. haihh.. teruk3.!

bajet hari ahad tu nak dok rehat je la kat rumah sebab isnin nak kerja. so takde la penat sangat nanti. tapi terberjalan jugak. haishh..

so pagi ni datang kerja dah rupa kongkang mengantuk muka masam, tawar hebeh, benyek2 semualah! haha.. nasib baik tak tertidur time buat kerja. tahan punya tahan pukul 1pm tersungkur jugaklah muka ni di atas meja tempat saya bekerja. http://www.emocutez.com

sekarang kepala sakit gila macam nak pecah sebab tahan mengantuk dan tak cukup tidur. so saja la buat entry ni nak lupakan segala sakit kepala sambil2 bole KURANGkan rasa ngantuk (kurangkan je ya. bukan hilangkan terus rasa mengantuk tu) haha..


-cikmona-

Wednesday, February 2, 2011

JALAN-JALAN CARIK MAKAN DENGAN IMAN

seperti yang telah dibagitau pada entry sebelum ni (klik! untuk baca), saya keje half day je harini sebab raya cina kan dah dekat.. lagipun harini tak lah bz gila macam selalu.

so bila bos saya menjerit mengumumkan bahawasanya kitorang boleh balik awal, saya dah terpiker2 mana saya nak merayau petang nanti. takkan nak duduk rumah je. boring.. memandangkan adik saya iman cuma sekolah pagi je petang dia cuti, saya rasa macam nak bertandak dekat mekdi je lah. mula2 ingatkan nak bawak pergi mall jalan2 makan aircond. tapi bile fikir bawak kanak2 bawah umur ni leceh sikit! kang hilang kene culik la bagai.. tak susah aku kang! haisss..

so petang tu saya balik terus amek iman siap2 dalam pukul 2.30 kitorang geraklah ke mekdi bukit tinggi..




kitorang oder 2 set HAPPY MEAL! happy-nye lah kami kan.. bhahah!





orang mekdi tu kata mainan untuk lelaki da habis, untuk perempuan je ada. i ni dengan hati tak rela bolehkan aje laa.. skali nahh kau.. dapat crown siuutt.. tengok2 macam PERINS & PERINSES kan...? ekceli saya paksa iman pakai menatang ni. segan la dia nak pakai (iman tau segan ke?). muka tak rela je dia


timekasih iman ketikkan gamba kak la tengah drive..

dah habis bab makan2 sampai kenyang, kitorang pun keluar dari situ dalam pukul 4pm++ cam tu la.. sempat jugak singgah dekat HARBOUR PLACE yang dekat dengan tempat keje ibu saya. sempat la jugak beli 1 seluar dekat eastwear. so balik pukul 5pm tu saya terus amek ibu dan teros balik rumah.


-cikmona-

HAPPY CHINESE NEW YEAR!



kong si kong si kong si ni ya! kong si kong si kong si ni..!k *marah orang cina baca. main suka hati je nak eja. janji ade bunyik suda la..*

yang penting skali saya buat entry ni sebab nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada seluruh orang yang berbangsa cina kat malaysia dan mereka juga menyambut tahun rabbit pada tahun ini. *bribitt.. bribitt* eh tu bunyik katak. sory.. lupa saya. huhu..

apa yang buat saya excited gila tahap gaban kacuk tenuk pagi ni sebab hari ni hari terakhir saya datang kerja sebelum bercuti selama 4 hari dari 3-6 haribulan sempena tahun baru cina. yiihapp! lepas tu hari isnin datang la balik kan..

lagi 1 sebab saya seronok gila babi pagi ni sebab bos saya baru je bagitau harini dia kasik half day.. gila kau tak seronok aku hari ni..

apa2 pun yang paling paling paling penting sekali balik ni nak amek iman adik saya dan pergi meronggeng bagi mengisi masa yang terlampau lapang ni. bhahahah!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...