Saturday, April 16, 2011

PERLU KE DADA TERLALU MENONJOL WALAUPUN DALAM LUKISAN? 13PG

hah ni entry ke-2 aku untuk malam ni. wahh kau.. kerajinan pulak aku malam ni. tengok tajuk macam... watdehe ada lucah2. tak senonoh betol gadis ni! haha. yaaa! ini lah entry terlucah pertama aku (bangga ni bangga). tapi takyah risau.. tak payah nak tengok kanan kiri, nyorok2 nak baca entry ni. takat 13PG.. 'ringan2' je tu.. bhahahah *gelak jahat*

ekceli aku nak cerita pasal adik aku, iman. biasalah budak lajah 1 kan.. tengah sibuk nak baca buku je macam kita kecik2 dulu. kitorang ada lah melanggan buku Sayang Muslim (uu buku nak baik) untuk iman baca2. sambil2 tu kat dalam tu ada la die suruh mengeja, mewarna, melukis pun mestilah ada!

untuk bulan lepas ke bulan ni punye buku aku tak pasti, dia ada suruh lukis gamba ibu. dengan nafsu melukis yang membuak2 iman menunjukkan kasih sayang seorang anak soleh dengan melukis gamba ibu.. kitorang pun tak perasan bila dia buat kerja ni. mungkin time dia balik sekolah ke hape ke.. tau2 malam tu akak aku yang perasan. siyes aku cakap sedih aku tengok gamba tu.. teruja sungguh!



segmen melukis gamba ibu.. :))



kat atas tu terang benderang dia tulis LUKIS DAN TULIS NAMA IBU. apahal rajin sangat sampai gamba abah skali dia lukis. nak bodek le tu! tak kesah lah. janji emsem la jugak ni. rambut pacak kulit durian wehh!



ni lah gamba sepasang suami istri yang bahagia. hahaha



ni plak baru lah gamba ibu saya. 10 kali padam tu. nak lukis cantik2 punye pasal. konon muka betol2 dengan yang lukisan nak bagi sama la. dah la eja nama pun salah. sukati kau je eh man!

tapi........ yang aku pelek nye.....

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


apa ni man..??? sexy-nye.. mana kau pandai lukis gamba2 macam ni. aku pon tak reti nak buat bende2 cani (suci kan aku ni..) ni bukan je menonjol. ni dah tahap hebat dari tertonjol dan segala jol. muka memang hancur la sikit kan sebab 10kali rubber2. tang yang bulat2 tu takde cacat cele langsung! phuuiih!



yang ni aku kurang pasti. mungkin ke iman lukis gamba ibu pakai seluar. tapi jarang sekali ibu pakai seluar kalau time nak keluar. selalu ibu pakai jubah je. tapi nampak macam dia lukis pakai baju kurung. tapi mana kainnya..??


haihh ni suma mesti terpengaruh dengan anime jepun yang keluar dekat tivi. patutlah dia suka tengok. ceit! sadis kan gamba ibu saya?? lepas ni jangan harap lah kau nak tengok lagi cerita sepsi2 camtu. kau tengok dora the explorer je sudah. sopan sikit cartoon dia. aku pon tengok OASIS je. tak tengok pun cartoon camtu. *muka bangga kening angkat2*



-cikmona-

ANAK KETAM YANG SESAT

*sebelum tu aku nak bagitau cara nak sebut tajuk kat atas ni macam doraemon tengah keluarkan barang. haha

fuhh hari ni baru rasa macam relax sikit sebab hari sabtu kan.. keje pun halfday je (tapi kalau tak keje lagi bagus). ekceli tiap2 hari aku simpan azam bila malam je aku nak update blog. tapi... apakan daya tak termampu diri ni nak buat sebab balik keje je mesti penat tahap tenuk!

so aku amek la hari ni untuk aku nak bermanja2 dengan blog haku. nak buat siang dah tertido plak. malam pun bole lah. tapi aku bukan nak buat 1 entry je, banyak cerita aku nak buat sebab banyak bende yang belum pernah jadi kat aku sepanjang 20tahun aku hidup ni jadi kat aku. wuhuhu

bermula dengan cerita pasal ketam yang sesat kat dalam opis aku. semalam hari jumaat ofismate aku ni bersihkanlah ofis. tengah dok taksub dia vacuum carpet skali terjumpa la bangkai anak ketam yang sesat kat bawah meja dia. maklum la opis kitorang ni dekat dengan paya yang dah membangun (keje kat port klang kan ke laut je byk). kalau air naik sikit mesti ada anak2 ketam yang bertempiaran lari menyelamatkan diri sampai bole sesat masuk opis orang. tapi bende ni baru 1st time jadi la sepanjang 7bulan aku keje kat situ. hahaha


sempat la jugak aku amek gamba dia walaupun dah kene sapu masuk penyodok. kesian... habis badan suma kene habuk. ooh akak aku tanya soklan kurang bijak kat aku "ehh kenapa ketam ni empat segi??" aku plak...... http://www.emocutez.com kan ke ketam tu ada banyak jenis. sukati dia la nak bentuk hape pun. memang kurang bijak betul la..



ni plak kaki dia yang dah bersepai. sory tak berapa nak nampak gambat blur sikit.


-cikmona-

Monday, April 11, 2011

GAY??

2 hari yang lalu tengah aku duduk syok + ghairah menonton tv aku terdengar suara sumbang menyanyi2 berlagu riang. tapi lagu yang dinyanyikan tu agak comel la jugak. bila aku toleh je ke sebelah kiri aku, aku ternampak seorang kanak2 dengan penuh perasaannya tengah nyanyi lagi KOOKABARA.

disebabkan lagu tu comel aku layan la jugak. joget2 sambil tepuk2 tangan sekali gus terasa macam comel pulak aku buat camtu. *perahsantan kau cila!*

bila dah penat terkinja2 aku pun terasa macam nak nyanyi la jugak. takkan asek berjoget je dari tadi.. bosan makk! so dengan pantas aku merampas buku BI ke ntah buku music ke dari adik aku. mula2 siyes aku tak perasan mende ni. bila dah masuk kali ke-2 ke ke-3 camtu baru aku parasan 1 mende ni. (lambat pickup memang camni)


'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


anda nampak kan..? yaa sudah terang lagi bersuluh dengan jelas disitu tertulis GAY.!
i pun konpius gak nokk mula2. kot kot adik i salah eja. maklum lah budak 7tahun kan.. aku pon keluarkan soklan cepumas aku. "betul ke cicher iman tulis cani?" iman jawab dengan muka cemas jugak "iyaaa. cicher iman buat cani. iman ikut je la". *kalau salah tulis ngaku je la man..!*

tapi mungkin betul jugak cikgu dia yang buat camtu. biasalah bahasa ingris kan. 1 ayat bole jadi ada 10 makna. apa yang aku tau 'gay' tu seronok camtu laa.. tapi aku tak puas hati gak! aku amek kamus carik apa tu 'gay'? nahh! aku jumpa gay tu dia tulis riang ria. dan takda makna lain lagi dalam kamus tu. (tak cukup tebal kot kamus aku tu)

walaupun makna yang aku harap2 kan sangat takda, aku tak putus asa gak nak carik makna sebenarnya. aku try bukak kamus english - english. dan.. apa yang aku jumpa membuahkan hasil. dia kata gay : homosexual person , especially a man. sudah terang terangan dan tak payah disuluh lagi! bhahahaha! puas hati aku.

tapi!!! mana 1 maknanya yang sebenar. takkan cicher dia nak buat ayat camtu dalam lagu kanak2. sepatutnya cicher dia kena bagi ayat yang suci dan mudah difahami. atau!! adik aku yang salah tulis. (rabun kot budak tu). sama2 lah kita kaji. hahahah! i ni bahasa ingris tak penah dapat A. so sape2 yang terel gila tu bole lah bagi cadangang (ehh terkeluau ayat ganu).

sekian terima kasih. :)


-cikmona-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...