Showing posts with label TEH KOPI. Show all posts
Showing posts with label TEH KOPI. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

BANTAH SEKOLAH DISWASTAKAN



KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) semalam membantah langkah menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata, dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu terhad kepada penambahbaikan infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Katanya, penswastaan bidang lain akan melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lalu bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan. - Bernama

Sumber: Metro

p/s: kalau jadi lah kan.. nasib aku dah abis sekolah


-cikmona-

Sunday, January 30, 2011

Rahsia pak cik power

wahh.. bunyik dah macm iklan SUPER POWER pulak.. haha!


INI DIA... Alias bersama isteri, Salmah menunjukkan buku risalah yang masih disimpannya berkaitan penentangan Malayan Union.


SEGAMAT: Percaya atau tidak, lelaki berusia 97 tahun ini masih terang penglihatannya serta mampu pergi ke kebun serta bercucuk tanam selain memandu kenderaan, termasuk kereta mahupun motosikal, tanpa berteman.

Daya ingatannya juga masih tajam selain mengingati detik bersejarah negara, termasuk perjuangan Melayu dalam menentang Malayan Union sekitar 1948.

Alias Bujal tidak mengamalkan apa-apa senaman istimewa, malah tidak pernah menuntut ilmu pusaka yang berkebolehan tinggi.

Dia hanya mengamalkan pengambilan makanan berasaskan sayuran, termasuk ulam-ulaman seperti pucuk paku, ulam pegaga, ulam raja, petai dan jering.

Beberapa jenis ulaman berkenaan diamalkan warga emas itu setiap hari, malah dia mengakui sayuran kampung itu adalah petua serta kunci utama untuk sentiasa sihat selain lanjut usia.

Lebih menarik lagi, Alias turut menjadikan ulam-ulaman sebagai minuman harian yang diambil bersama madu lebah dan juga telur ayam kampung secara mentah. Selain itu, dia mengamalkan mengunyah bawang putih mentah setiap hari sebagai petua awet muda.

“Kalau watak kartun Popeye makan bayam untuk jadi kuat, begitu juga yang saya amalkan sejak berusia belasan tahun lagi.

“Tidak lengkap makanan saya setiap hari tanpa ulam-ulaman kampung dimakan bersama nasi, nampaknya petua yang diamalkan itu berbaloi kerana sehingga kini saya masih boleh melihat kemajuan negara,” katanya.

Selain memakan ulam-ulaman, Alias mendedahkan dia tidak pernah meminum air sejuk kerana menyifatkan bahan minuman sebegitu mengakibatkan badan menjadi lesu serta cepat letih.

“Air sejuk tidak elok untuk badan kerana boleh mengakibatkan pelbagai penyakit selain semput, lelah, asma dan demam.

“Pak cik boleh demam jika minum air sejuk,” katanya yang masih boleh menghayun cangkul, membajak tanah selain tidak perlu memakai cermin mata untuk membaca mahupun ketika memandu kereta atau menunggang motosikal.

Penulis melihat sendiri bagaimana lelaki berusia emas itu masih mampu memandu kereta selain bercucuk tanam dengan menghayun cangkul di belakang rumahnya.

Warga emas ini mengakui mempunyai empat isteri yang dikahwininya sejak 1930-an sehingga kini dan hasil perkongsian hidup bersama empat wanita berbeza itu dia dikurniakan empat cahaya mata.

Difahamkan, menerusi dua perkahwinan pertama, dia dikurniakan dua anak lelaki, manakala hasil perkahwinan ketiga, dua anak perempuan.

Semua isterinya berasal dari Johor iaitu isteri pertama dari Labis; kedua, Kota Tinggi; ketiga, Segamat dan isteri keempat, juga dari Labis. Bagaimanapun, Alias dikatakan hanya berkahwin baru selepas isteri terdahulunya meninggal.

Alias bersyukur walaupun usianya mencecah 100 tahun dia masih boleh melihat 30 cucunya lahir ke dunia, malah berkesempatan mengazankan seorang daripada 14 cicitnya.

Katanya, dia kini tinggal berdua bersama isteri keempatnya, Salmah Hussein, 59, di Kampung Tenang, di sini, sejak lima tahun lalu.

Ketika menceritakan pengalamannya melalui beberapa peristiwa yang mengubah sejarah negara mahupun dunia, Alias berkata, dia masih ingat saat pemimpin terdahulu menuntut kemerdekaan Malaysia.

“Saya bersama Datuk Onn Jaafar pergi menjelajah satu Malaya untuk menentang penindasan dilakukan pemerintah Inggeris melalui Malayan Union.

“Saya juga merasa keperitan dijajah tentera Jepun dan komunis selain diseksa, termasuk dipaksa melakukan kerja berat seperti membina landasan kereta api,” katanya.

Menurutnya, penindasan demi penindasan diterima orang Melayu ketika itu akhirnya membangkitkan satu semangat bersatu padu dan melawan demi menuntut kemerdekaan.

Alias juga dianggap antara pejuang kemerdekaan oleh penduduk setempat, malah beliau tidak lokek berkongsi pengalaman bersama generasi muda setempat.

Dia yang dilahirkan pada 1914 berkata, pada usia emasnya dia melihat beberapa perubahan negara, termasuk bersalaman dengan empat mantan Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir Mohamad.

Namun, di sebalik usia emasnya dia melahirkan rasa kecewa apabila generasi muda kini lebih gemar berfoya-foya dan semakin melupakan sejarah kemerdekaan negara, malah semakin rosak akhlak dari semasa ke semasa.

Seperkara menarik mengenai Alias, dia tidak pernah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia apabila 12 kali mengundi di kawasan Parlimen Labis dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sejak puluhan tahun lalu.

“Pada 30 Januari (hari ini), saya akan mengundi buat kali ke-13 dan mungkin jika panjang umur murah rezeki saya akan mengundi kali ke-14 pada Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya.


Sumber: metro ahad


-cikmona-

Saturday, January 29, 2011

BILA CERITA MEREKA NAK HABIS NI??

macam yang semua orang tahu, sekarang ni kan orang tengah sibuk2 cerita pasal si FASHA SANDHA, JEJAI dan jandanya NORA DANISH. yang saya pelikkan ni.. artis2, selebriti2 yang lain pun bercintan cintun jugak, tapi asal cerita dorang ni macam beriya2 sangat siap penah jadik muka depan surat khabar harian metro lagi.. perrgghh..

yang sorang anak dara, tapi perangai.. tak bole nak kate ape. yang sorang lagi duda anak 1 tak sedar diri. yang sorang lagi pulak janda kepada duda tadi nampak agak rilex sikit akhir2 ni.. tak macam mase mule2 cerai dulu.

ni nak cerita pasal si fasha dengan jejai dulu. 1 malaysia kan dah tahu dorang dah PUTUS?! itu saya tak kisah sebab memang dah boleh agak bende ni berakhir macam ni. tapi yang sakit matanya cerite dorang ni klua daripada dengar ura2 dorang nak putus samapi la dah putus sampai la dah hancur berkecai berderai masih lagi saya nampak cerita dorang menyemak kat paper.! haishh!

semuanya bermula daripada cerita pasal fasha bercuti di bali indonesia. kat situ orang dah kate die nak menenangkan fikiran sebab chenta hati intan payung die ikut keluarganya dan bekas isteri pergi bercuti di jepun. tapi fasha tetap tak nak mengaku dan bile ditanye die cuma jawab "hanya saya dan jejai saja yang tahu".

beberapa hari lepas tu keluar pulak cerita die dekat muka depan metro pada hari ape saya dah lupa.. dan jejai membuat pengakuan yang die dan fasha dah pun putus. tapi yang saya respek habis kat mamat ni die tetap backup janda die di ND tu dengan mengatakan nora bukan dalang.

dah habis ceritat tu keluar pulak si ND ni dekat surat khabar dengan membuat statement yang fasha dengan jejai dah putus 2 bulan lalu dan contact2 sebagai kawan aje (agaknya excited sangat kot ex-laki dia beckup dia).
sepatutnya cukuplah dia cuma cakap bersyukur sebab ex-laki dia bela dia kan.. takyah la sampai nak tambah2 statement. haduyaii..

dan lepas tu lagi keluar pulak cerita fasha kata dorang belum putus lagi 2 bulan lalu dan bukan berhubung sebagai kawan. siap mengaku die berani nak tunjukkan bukti segala sms, BB messenger, call log bagai.. dan sekeras2nye mengatakan bahawasanya statement ND tu salah se salah2nya!

dan dan dan lagi.. baru tadi aku bace paper, ND share-kan gambar holiday dia bersama bekas mentua dia kat jepun pulak dah.. dan kate dia nampak si jejai tu sayangkan rayqal, 2, anak tunggal dorang tu. kat situ lah die nampak ciri2 kebapaan tu kat jejai.. selama ni dia kata die tak perasan sebab selalu jejai keluar sendiri je dengan rayqal, ND tak ikut sebab dorang kan dah cerai. bersyukurlah sebab dia masih ade rasa sayang heyy rasa sayang2 heyy kat anak dia tu.

hah sanggup tak korang bace karangan aku ni. pening la pulak kan.. lepas 1, 1 pihak nak buat statement dah menuduh satu sama lain. sudah2 la tu.. masing2 dah tua dah kawin dan ada anak pun. dekat sini aku takde nak salahkan ND sangat becos-nya si jejai tu kan dulu laki die dan sekarang dah 'ex' la.. tak salah die nak rebutkan laki die balik, tapi si fasha pun 1.. takyah la nak rebut2 dan nak besarkan perkara ni.. ramai lagi segala datuk2, VVVVVIP (banyak pulak 'V' aku) dan kasanova kat lua tu nakkan u nyahh oiii..!


masa dorang tengah mesra2 dulu..

nora bersama anak lelaki tunggalnya rayqal.


-cikmona-

Tuesday, January 25, 2011

"Nora bukan dalang" tegas Jejai

KINI HANYA KENANGAN...Fasha dan Jejai ketika menjalin hubungan.


KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.


Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.


Sumber : myMetro

p/s : akhirnya mengaku jugaklah si Jejai ni tentang hubungannya dengan Fasha Sandha. nak tunggu si Fasha yang mengaku, sampai habis tahun ni pon die berkias2 lagi kot. haihh.. MENGAKU JE LA FASHA..







Bulan Madu Dalam Lokap

RAMPAS...Abdul Ghafar (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas.


ALOR SETAR: Baru seminggu bergelar raja sehari, sepasang suami isteri bukan sekadar meringkuk dalam tahanan, malah turut berdepan hukuman mati apabila kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.

Lelaki 35 tahun dan isterinya berusia 26 tahun, dianggap pasangan ‘sejiwa’ kerana kedua-duanya pernah ditahan beberapa kali atas kesalahan mengedar dadah sejak beberapa tahun lalu sebelum membuat keputusan berkahwin minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, lelaki itu ditahan di Plaza Tol Gurun, kira-kira jam 3 petang Sabtu lalu manakala isterinya ditahan di rumah mereka di Kepala Bukit, Gurun, sejam kemudian pada hari yang sama.

Beliau berkata, sepasukan polis dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menahan lelaki terbabit yang ketika itu menunggang motosikal bersendirian dalam keadaan mencurigakan di plaza tol.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui dua plastik lutsinar dipercayai heroin seberat 910 gram bernilai RM30,000 yang disorok di dalam plastik biskut dan diletak dalam raga motosikal Modenas Kriss itu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Susulan penahanan itu, suspek membawa polis ke rumahnya di Kepala Bukit, Gurun dan hasil pemeriksaan menemui sembilan ketulan plastik mampat mengandungi heroin seberat 24.2 gram bernilai RM1,100.

Abdul Ghafar berkata, dadah yang diproses sebegitu kebiasaannya untuk tujuan penyeludupan dan suspek menelannya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kami masih menyiasat sama ada suspek melakukan taktik penyeludupan demikian yang biasanya dilakukan untuk menyeludup dadah ke dalam penjara,” katanya.

Turut dirampas, tiga telefon bimbit dan motosikal daripada pasangan itu.

Siasatan mendapati bekalan dadah itu diperoleh dari negara jiran dan polis masih menyiasat sama ada suspek menjalankan urusan jual-beli dadah ketika ditahan.

Abdul Ghafar berkata, kedua-dua suspek pernah beberapa kali ditahan akibat kesalahan dadah itu dikenakan tindakan Orang Kena Pengawasan (OKP) mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.


Sumber : myMetro

p/s : macam ni bukan sehati sejiwa lagi dah. ni dah tahap sehidup semati. romantik bukan..? :)






Monday, January 10, 2011

KEPUTUSAN AJL 25 TAK PATUT?

baru sat tadi bos aku kelua, aku pon hape lagi.. cam besa la.. blogwalking bagai nak sakan le.! haha

sambil2 tu aku saje je search kat incek gugel lebey kurang cani "keputusan ajl25". kenapa aku dok sebok2 sangat nak carik cerite pasal ni walaupon da tengok malam tadi? bikosnye.. aku nak tau respon orang ramai pasal result malam tadi yang aku memang da agak sangat2 ape akan jadi pada harini.! *aisehh tau aje..*


yaaa.. ape yang aku dapat memang lumayan dan berbaloi-baloi la sangat orang kate! rata2 ramai yang tak bersetuju, kecewe, hampe separuh nyawa dan sebagainye dengan keputusan malam tadi. *jangan kate aku tak termasuk ye.. sebab aku pon salah sorang daripadanye. haha!*


dah mejadi lumrah alam kan.. ade kalah ade menang. kite yg menengok dan yg hanya mendengar ni terima je lah kenyataan. (ayat sopan oke. padahal berderau je darah buat ayat ni. huh!)


cerita pasal malam tadi. mase dorang nak umumkan pemenang, mate aku dah terbeliak besa
dengan muke yg penoh dengan harapan + excited tak bole nak kate ape hadap depan tv cani
http://www.emocutez.com.
bertambah2 lah jantung ni dup dap dup dap bile die kate komposer, penulis lirik dan penyayi jugak orang yg sama.! dengan tak berpiker panjang, lantas anak si masdar ni pon menjerit la nama "YUNA!!!" sekuat hati macam penonton kat AJL tu.. sambil membuat tarian pom pom yang dicipta sniri hingga
dimarahi jiran seblah.
http://www.emocutez.com(aku tipu je)


akan tetapi......................................

pabila saat nama pemenang diumumkan...............
http://www.emocutez.com



w.. w.. w.. wh.. wh.... whaaattttt??? *tergamam seketika.. macam keadaan penonton disana yg turut diam seribu bahasa*

rupe2nye hadiah sebanyak RM 35k serte trofi dan bunge itu bukanlah milik gadis bertudung yang porpular dengan lagu dan sebenarnya. ianya telah diragut oleh orang lain yg tak perlulah aku nak umumkan namenye kan... teramat la sedih tak terkate aku time tu sampai aku terpakse amek cuti selama seminggu n tanak kelua ruma sebab dah malu name yang aku jerit2 kan separuh nyawa tu tak menang. (aku tipu lagi.. haha!)

tapi aku hanya berserah aje la.. ape bole buat.. tu sume keputusan dari para juri yang "PROFESSIONAL" bagi mereka. mungkin kalo kite denga lagu die tak sedap macam suarenye. tapi bagi juri suare sume tak penting sangat. yang penteng lagunya yg sarat dengan makne tersendiri (MUNGKIN laa..). lagi2 pulak ketua juri m.nasir, memang suke bebenaulah beliau dengan lagu2 cani. lagipon dah namenye ANUGERAH JUARA LAGU kan..


tapi takpe.. aku tetap sokong yuna dengan lagunye yg sangat2 la cute cam tuan empunye bandanye. dan aku jugak nak tabik spring super ring super ring riang dekat yuna sebab die memang berani tampil dengan imej yang baru, sbg contoh dulu die pakai slua tp sekarang kalo naik stage or hadir mane2 anugerah mesti die pakai dress. mmg santek sangat! awww! (kirenye tak cerewet la mcm artis yang baru nak naik juge pemenang ajl yg tanak imejnye diubah. oke tu pendirian masing2. ala orang nak sponsor kan.. nak aje lah..!)


tanak nengok AJL lagi. huh mencik.!


pape pon tahniah pada pemenang AJL 25 dengan lagu TOLONG INGATKAN AKU


kerana die ni lah ramai penonton menjerit separuh mati kerana ingatkan die yg menang. tapi..... :'(


penampilan anggun dan berani dari yuna. wewwiit!! *ala2 ikan duyung alien gitu. ade sisik2 kat tangan die. soooo hott!*



Friday, December 24, 2010

Gelagat pelik tarik perhatian

tengah lepak2, rehat2, minum2, rilex2 sambil bace paper kat opis ni. skali terbace natang ni.!

+

+

+

+


DIDAKWA...Marsuzana dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu.

KOTA BHARU: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh bayi perempuannya berusia tujuh bulan dalam kejadian di Pasir Puteh pada 12 Disember lalu. Tertuduh, Marsuzana Che Muda, 31, dituduh membunuh anak tunggalnya, Alia Miazara Mohd Azim, di sebuah rumah lot, Kampung Gual Tengah, Pasir Puteh, pada jam antara jam 4.30 hingga 5.30 pagi, pada tarikh berkenaan.

Marsuzana yang berdepan hukuman gantung mati mandatori kerana dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK), bagaimanapun sekadar mendengar pertuduhan dibacakan, selain tiada sebarang pengakuan direkodkan mahkamah. Pada prosiding itu, tertuduh yang belum diwakili peguam bela dibawa ke mahkamah dengan memakai pakaian lokap berwarna ungu dan tangan bergari, selain kelihatan tenang mendengar pertuduhan dibacakan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hamizah Ghazali di hadapan Majistret Norzakiyah Samsudin.

Terdahulu tertuduh dilihat diiringi polis mahkamah untuk mendengar pertuduhan dihadapinya pada jam 11 pagi, selain beberapa ahli keluarga terdekatnya juga hadir melihat prosiding di galeri awam.

Ketika diiringi polis, wanita berkenaan tersengih ketika gambarnya dirakamkan jurugambar dan gelagatnya turut menarik perhatian orang awam kerana berjalan ke arah lain, meskipun ketika itu polis memintanya naik tangga untuk ke mahkamah. Sebaik kes selesai, dia terpaksa dipujuk masuk ke dalam kenderaan polis untuk dibawa ke lokap, selain mematikan diri selama tiga minit menyebabkan polis terpaksa menundukkan kepalanya untuk memudahkan urusan.

Norzakiyah menetapkan 25 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan patologi dan perubatan.

Akhbar sebelum ini melaporkan jeritan seorang ibu berusia 31 tahun di rumahnya di Kampung Gaal Tengah, di sini, membawa penemuan mengejutkan apabila dia ditemui memangku anaknya yang baru berusia enam bulan dalam keadaan kaku.


*bole tak nak pijak muke macek ni..? (sambil buat muke marah)
da la bunuh anak sniri. siap sengih2 lagi.!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...