Showing posts with label LUCU. Show all posts
Showing posts with label LUCU. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

"KALAU IMAN KAYA.. IMAN NAK ADA 2 ISTERI"

nak meninggal rasa bila dengar sniri ayat tu keluar dari mulut budak 7 tahun atau lebih detail lagi 6tahun 6bulan dan beberapa hari. tak tau la mana dia belajar. banyak tengok drama ke..? tak.. tak.. memang tak sempat la sbb dia sekolah pagi petang. atau dari orang sekeliling?? mungkin.. yg pasti bukan apak aku la kan.. OMG! OMG! bhahahah!



aku malas tahap gajah nak cerita panjang2. nak tukar style pulak pakai dialog2 je!

di suatu siang yg hening.... berkumpullah 1family dalam kereta otw nak ke KLCC...

iman: babah.. ibu.. kalau iman kaya duit berjuta2... emm.. iman nak beli PSP!!

aku: (dalam hati) *dasar budak tak bole nak pk! takat PSP 100 aku bole beli. siap kasi kat org lagi. cuma sekarang ni tak brapa nak mampu je. cerita tak logik langsung! huh*

babah: ha.. bagus.. (mcm nak tak nak layan je..)

ibu: amin.. nanti bole belanja ibu (excited.. biasalah seorang ibu kan..)

iman: lepas tu.. nanti iman nak ada 2 isteri!! babah bole tak kalau nak ada 2 bini??(muka rilex. siap mintak izin lagi)

aku: (terkejut tenuk! lidah kelu!)

babah: boleh.. iman kaya boleh je.. tapi kene adillah.. (amboii.. mengajau nampak)

ibu: bole je.. tapi nanti kesian bini iman. 1 bini je dah la.. nanti iman belanja la dia.. belikan kereta.. belikan rumah.. haa.. tengok babah pun ada 1 isteri je..

aku: (timbul syak wasangko. bhahaha! astagha...)

iman: okelah! bini iman 1 je lah (rele tak rele).. lepas tu kalau iman kaya iman nak beli PSP dulu (PSP lagi!) lepas tu iman nak beli rumah besar! lepas tu iman nak beli kereta besar! lepas tu iman nak belikan bini iman kereta 1.

sejuk perut ibu aku dengar cerita iman..

iman: lepas tu kan kalau iman ade anak kan.. iman nak belikan dia beskal canggih masa dia lajah 4!

aku: (cakap dalam hati sambil gelak besar dan hodoh) *wahh advance! siap cerita ada anak lagi.*

ibu&babah: (tahan gelak)

tiba-tiba.........................

iman: hah nanti iman nak ajak dorang pergi KLCC dengan menara kelumpo!

aku: *duit berjuta pergi jalan KLCC je ke? sah kedekut ni!*

ibu: ehh iman pergi mekah la.. apa la..

iman: ha'ah la.. haa.. nanti iman nak pergi haji lepas tu iman nak pergi umrah. bes kan??

ibu: huuu besnye! tak nak belanja ibu dengan babah ke????? (excited lagi!)

iman: ibu dengan babah KALAU IMAN INGAT IMAN KASI RM200!! (muka bangga bajet RM200 tu dah cukup besar)

aku: (macam nak pengsan tapi kukuh lagi) iman kalau kau tak kaya pun takpe la man!! bhahahahahaha!

ibu: (gelak dengan nada kecewa. luluh punah hati beliau. aku tipu! saja kasi drama sikit! haha)

aku: sikitnya man..

iman: oke lah. hari sabtu aku kasi RM200. hari ahad aku kasi RM100

kedekutnya lah...!

hah mintak2 la iman kaya.. nanti bole belanja kak la kan kan kan?? *aku pulak yg excited terlebeh sudah! over nokk!*


 -cikmona-

Saturday, April 16, 2011

PERLU KE DADA TERLALU MENONJOL WALAUPUN DALAM LUKISAN? 13PG

hah ni entry ke-2 aku untuk malam ni. wahh kau.. kerajinan pulak aku malam ni. tengok tajuk macam... watdehe ada lucah2. tak senonoh betol gadis ni! haha. yaaa! ini lah entry terlucah pertama aku (bangga ni bangga). tapi takyah risau.. tak payah nak tengok kanan kiri, nyorok2 nak baca entry ni. takat 13PG.. 'ringan2' je tu.. bhahahah *gelak jahat*

ekceli aku nak cerita pasal adik aku, iman. biasalah budak lajah 1 kan.. tengah sibuk nak baca buku je macam kita kecik2 dulu. kitorang ada lah melanggan buku Sayang Muslim (uu buku nak baik) untuk iman baca2. sambil2 tu kat dalam tu ada la die suruh mengeja, mewarna, melukis pun mestilah ada!

untuk bulan lepas ke bulan ni punye buku aku tak pasti, dia ada suruh lukis gamba ibu. dengan nafsu melukis yang membuak2 iman menunjukkan kasih sayang seorang anak soleh dengan melukis gamba ibu.. kitorang pun tak perasan bila dia buat kerja ni. mungkin time dia balik sekolah ke hape ke.. tau2 malam tu akak aku yang perasan. siyes aku cakap sedih aku tengok gamba tu.. teruja sungguh!



segmen melukis gamba ibu.. :))



kat atas tu terang benderang dia tulis LUKIS DAN TULIS NAMA IBU. apahal rajin sangat sampai gamba abah skali dia lukis. nak bodek le tu! tak kesah lah. janji emsem la jugak ni. rambut pacak kulit durian wehh!



ni lah gamba sepasang suami istri yang bahagia. hahaha



ni plak baru lah gamba ibu saya. 10 kali padam tu. nak lukis cantik2 punye pasal. konon muka betol2 dengan yang lukisan nak bagi sama la. dah la eja nama pun salah. sukati kau je eh man!

tapi........ yang aku pelek nye.....

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


apa ni man..??? sexy-nye.. mana kau pandai lukis gamba2 macam ni. aku pon tak reti nak buat bende2 cani (suci kan aku ni..) ni bukan je menonjol. ni dah tahap hebat dari tertonjol dan segala jol. muka memang hancur la sikit kan sebab 10kali rubber2. tang yang bulat2 tu takde cacat cele langsung! phuuiih!



yang ni aku kurang pasti. mungkin ke iman lukis gamba ibu pakai seluar. tapi jarang sekali ibu pakai seluar kalau time nak keluar. selalu ibu pakai jubah je. tapi nampak macam dia lukis pakai baju kurung. tapi mana kainnya..??


haihh ni suma mesti terpengaruh dengan anime jepun yang keluar dekat tivi. patutlah dia suka tengok. ceit! sadis kan gamba ibu saya?? lepas ni jangan harap lah kau nak tengok lagi cerita sepsi2 camtu. kau tengok dora the explorer je sudah. sopan sikit cartoon dia. aku pon tengok OASIS je. tak tengok pun cartoon camtu. *muka bangga kening angkat2*



-cikmona-

ANAK KETAM YANG SESAT

*sebelum tu aku nak bagitau cara nak sebut tajuk kat atas ni macam doraemon tengah keluarkan barang. haha

fuhh hari ni baru rasa macam relax sikit sebab hari sabtu kan.. keje pun halfday je (tapi kalau tak keje lagi bagus). ekceli tiap2 hari aku simpan azam bila malam je aku nak update blog. tapi... apakan daya tak termampu diri ni nak buat sebab balik keje je mesti penat tahap tenuk!

so aku amek la hari ni untuk aku nak bermanja2 dengan blog haku. nak buat siang dah tertido plak. malam pun bole lah. tapi aku bukan nak buat 1 entry je, banyak cerita aku nak buat sebab banyak bende yang belum pernah jadi kat aku sepanjang 20tahun aku hidup ni jadi kat aku. wuhuhu

bermula dengan cerita pasal ketam yang sesat kat dalam opis aku. semalam hari jumaat ofismate aku ni bersihkanlah ofis. tengah dok taksub dia vacuum carpet skali terjumpa la bangkai anak ketam yang sesat kat bawah meja dia. maklum la opis kitorang ni dekat dengan paya yang dah membangun (keje kat port klang kan ke laut je byk). kalau air naik sikit mesti ada anak2 ketam yang bertempiaran lari menyelamatkan diri sampai bole sesat masuk opis orang. tapi bende ni baru 1st time jadi la sepanjang 7bulan aku keje kat situ. hahaha


sempat la jugak aku amek gamba dia walaupun dah kene sapu masuk penyodok. kesian... habis badan suma kene habuk. ooh akak aku tanya soklan kurang bijak kat aku "ehh kenapa ketam ni empat segi??" aku plak...... http://www.emocutez.com kan ke ketam tu ada banyak jenis. sukati dia la nak bentuk hape pun. memang kurang bijak betul la..



ni plak kaki dia yang dah bersepai. sory tak berapa nak nampak gambat blur sikit.


-cikmona-

Monday, April 11, 2011

GAY??

2 hari yang lalu tengah aku duduk syok + ghairah menonton tv aku terdengar suara sumbang menyanyi2 berlagu riang. tapi lagu yang dinyanyikan tu agak comel la jugak. bila aku toleh je ke sebelah kiri aku, aku ternampak seorang kanak2 dengan penuh perasaannya tengah nyanyi lagi KOOKABARA.

disebabkan lagu tu comel aku layan la jugak. joget2 sambil tepuk2 tangan sekali gus terasa macam comel pulak aku buat camtu. *perahsantan kau cila!*

bila dah penat terkinja2 aku pun terasa macam nak nyanyi la jugak. takkan asek berjoget je dari tadi.. bosan makk! so dengan pantas aku merampas buku BI ke ntah buku music ke dari adik aku. mula2 siyes aku tak perasan mende ni. bila dah masuk kali ke-2 ke ke-3 camtu baru aku parasan 1 mende ni. (lambat pickup memang camni)


'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


anda nampak kan..? yaa sudah terang lagi bersuluh dengan jelas disitu tertulis GAY.!
i pun konpius gak nokk mula2. kot kot adik i salah eja. maklum lah budak 7tahun kan.. aku pon keluarkan soklan cepumas aku. "betul ke cicher iman tulis cani?" iman jawab dengan muka cemas jugak "iyaaa. cicher iman buat cani. iman ikut je la". *kalau salah tulis ngaku je la man..!*

tapi mungkin betul jugak cikgu dia yang buat camtu. biasalah bahasa ingris kan. 1 ayat bole jadi ada 10 makna. apa yang aku tau 'gay' tu seronok camtu laa.. tapi aku tak puas hati gak! aku amek kamus carik apa tu 'gay'? nahh! aku jumpa gay tu dia tulis riang ria. dan takda makna lain lagi dalam kamus tu. (tak cukup tebal kot kamus aku tu)

walaupun makna yang aku harap2 kan sangat takda, aku tak putus asa gak nak carik makna sebenarnya. aku try bukak kamus english - english. dan.. apa yang aku jumpa membuahkan hasil. dia kata gay : homosexual person , especially a man. sudah terang terangan dan tak payah disuluh lagi! bhahahaha! puas hati aku.

tapi!!! mana 1 maknanya yang sebenar. takkan cicher dia nak buat ayat camtu dalam lagu kanak2. sepatutnya cicher dia kena bagi ayat yang suci dan mudah difahami. atau!! adik aku yang salah tulis. (rabun kot budak tu). sama2 lah kita kaji. hahahah! i ni bahasa ingris tak penah dapat A. so sape2 yang terel gila tu bole lah bagi cadangang (ehh terkeluau ayat ganu).

sekian terima kasih. :)


-cikmona-

Monday, March 28, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


huu sepsi dan gagah lah gamba poster ni. aww!

ooh siapa je yg tak kenal cerita Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) ?? tu la cerita paling HOTTT dlm abad ni yg memakan budget sebanyak 8juta . nak nak actors/actress dia hot hot belaka plak tu u....! tak kuasa mak *gedik*

aku ni memang dah lama sangat2 pendam nak tgk cerita dia ni bayangkan cerita ni keluar 10mac. aku dapat tengok 26mac. huishh lama tuhh..

ekceli disebabkan agak keBIZIan tu yg takde masa nak tengok tu. mula2 plan nak pergi dengan akak. pastu dia pulak tak sihat. kang mengganggu mood berperang aku je. so plan nak pergi sorang je ah. tapi pikir2.... tak jadi lah. takut u sorang2. i kan girl (even takde siapa pun heran akan kewujudan aku n tak menarik langsung!)

so bila tengah baik punya fikir tiba tiba teringat pulak dekat sorang budak ni, dia telah membuat pengakuan yg dia tengah cuti 3minggu. wahh ini lah peluangnya *muka berbunga2*. aku pun capai la nfon terus bg meset yg berbunyik cani 'kaja, sudikah kau menemani aku menonton movie sabtu ini pada 26mac??' ....5min kemudian.... tanpa sebarang paksaan dia reply kat aku 'yesss i do!' aku pun hapa lagi loncat2 mcm beruk lah. akhirnya aku ada teman nak pergi tengok movie. hilang lah segala rasa takut kene pergi sorang2.

oke penat dah cerita panjang2 (bese lah perempuan) tapi 1 gamba pun aku tak tunjuk. mehh tengok gamba kitorang b'2.

so hari sabtu tu aku keje. halfday saja.. balik 2pm. terus siap cantik mantik nak jmpa kawan yg dah lama tak jumpa. pukul 3pm cepat2 amek kaja n terus ke jusco bkt tinggi sbb movie start pukul 3.30pm. gosh! nasib sempat..

sampai sana terus je dah boleh masuk. ngam ngam hoo!



tiket kami. patblas hengget wehh. aku igt lima enam hingget je (harga kanak2)

ooh tak lupa. ni 1st time mende ni jd kat aku. sepanjang2 aku tengok wyg ni 1st time wyg rosak. ada suara tapi takda gamba. gelap je. hahaha memang klaka gila. mula2 senyap je. bila dah lama2 org dah start buat bising. then dlm 5-10min kendian dorang dah elokkan. nasib tak balik n mintak ganti rugi. kalau tak penat. sbb ada certain yg balik n mintak duit.

movie dah habis, pusing2 jap, detinasi yg paling penting utk org perempuan adalah TOILET.. nak tacap2 laa. nak betulkan tudung la hape la.. hahah. tapi kitorang ketoilet bukan sbb tu suma. tapi... kitorang nak ketik ketik ketiak gamba la.. haha. no wonder ada sesetengah org suka amek gamba kat toilet. rahsianya lampu toilet sgt cantik dan memberikan cahaya yg baik. jd kesimpulannya gamba jd lah cun melecun! contoh contohnya :-


macam ni..


dan macam ni. ehh baru perasan cermin dia kotorrrr lah. yiuuww..


i conteng2 gg sbb kalau orang lain nampak konpem korang takkan tgk blog i lg. kawan2 fb akan serta merta remove i dr friendlist dorang. :'(


i amek gamba u, u amek gamba i. u pakai fon i, i pakai kemre u. aww! bhahaha!

bab sesi fotografi kat tandas dah habis sbb dah rmi akak2 adik2 makcik2 nenek2 yg melemparkan muka menyirap + menyampah + bengang. dan tak ketinggalan macik cleaner saja je buat2 sapu kat tempat ktorang berdiri. huh tu mesti cubaan nak menghalau kitorang la tu. huhhh!

kitorang pusing 1 jusco tu. bile dah penat kitorang pun balik lah. buat apa nak duduk lama2 kat situ kalau org dah tak suka.... bhahahah!

oke adik2 meh akak ajar cara nak memulakan perjalanan. mula2 pakai seat belt utk keselamaktan. ke-2 hidupkan enjen *mcm dah terbalik je dgn yg mula2 td*. yg ke-3 kalau parking berbyr jgn lupa masukkan tiket. jgn main redah je. kang remuk kete mak marah. yg ke-4 baca doa dan pandulah dgn selamat. SELAMAT MENCUBA..! :))

*gamba yg num 3 tu aku bajet terel n nak dekat. aku ikut jln bertentangan. mase smpi kat mesin tiket tu tak bole nak amek side skali nahh... jauh gila! nasib baik tgn panjang (bukan kuat mencuri okeh). haishh! cila cila.. bwk kete mcm tak pergi skolah! ceit!!



p/s: suma gamba2 ni sumber dari kaja harun. tuan empunya kemre. aku mintak secara baik. takda paksa2 atau mencuri.terima ksih daun keladi atas sumbangan anda. hihi :))


-cikmona-

Tuesday, March 15, 2011

HELPP! ADA KUPU-KUPU KAT DALAM TELINGA SAYA!!

sebelum cerita nak jerit dulu. AAAAAAA HELPPPP! TOLONGGG! IBUU! ADA KUPU2 MASUK TELINGA ORANG!. haha sebab jeritan kuntilanak meroyan ni la aku dapat 'campara wanica!' (tamparan wanita) ibu aku. haha! padan muka kau. dah la kupu2 masuk telinga kene lempang pulak lagi. haisss :'(

hari ahad 13 mac aku terkena serangan hendap oleh kupu2 yg mungkin da lama simpan dendam kat aku time aku mandi. ekceli dalam beberapa hari sebelum aku diserang aku ada la jugak nampak seko kupu2 kecik terbang dalam bilik air. kadang2 tu aku suka kacau dia tengah bertapa macam renjis air ke.. cam tu la! *rasanya tak lah kejam sangat macam dia buat aku*

masa kena tu memang tak tau la dari arah mana kupu2 tu datang terus je dia masuk telinga aku. hapa lagi! terkeluarlah jeritan kuntilanak aku. sampai hujung rumah kot boleh dengar. mesti kecoh sekampung kata aku kena histeria. haha. aku menjerit sebijik macam yang kat atas tadi. dalam kelam kabut tu ibu terus suroh akak aku bawak pegi ospital.

kat ospital doktor kata kene tunggu dia mati dulu baru bole keluarkan. tapi dia tak mati2 pun.. hidup je. aku yg tak tahan geli. disebabkan kupu2 ni agak besar lah jugak n tak mati2 + dia dah semakin ke dalam. terpaksa panggil pakar telinga untuk keluarkan. *pehh pakai pakar bagai!*

masa nak keluarkan memang sakit sangat sangat sangat! *saja nak kasi cerita panas sikit*. tapi doc tu kata i tak usik pun telinga u tau. tapi yitu kupu2 suda gigit u punya dalam telinga. yituu.. yg bahagian lembut dalam telinga. dia tak mau kuluar lah.


ha ni la dia kupu2 tu. dah mati kene picit dengan ibu. besar tu kalau da masuk dalam telinga yg kecik ni. huii kebal betol natang ni! masukkan air berbotol2 pun tak mati2 lagi. siap bole terbang2 lagi kat dalam telinga aku even dah tersepit kat dalam tu. kepala aku yang pusing2. mabuk sebab banyak air masuk telinga.

ni kejadian tak disengajakan. masa nak amek gamba natang ni aku bukak la benda yang macam jaring2 ni. tak tau plak kupu2 ni dah melekat sebab lama sangat dok dalam ni. so bila bukak je bercerai dan bersepailah badan kepak dan kepala kupu2 ni. kesian dia... apa la salah dia..

ni! kesan kat telinga aku ni bukanlah sebab gigitan cinta si kupu2 ni.. tapi sebab cakaran meroyan aku sendiri masa mula2 kupu2 tu masuk dalam telinga haku! mau tak gila wehh. kupu2 terbang dalam telinga. geli makkk!

lepas jadi benda ni trauma aku nak lepak lama2 dalam bilik air. biasa mandi setengah jam dah jadik 15-20minit je. takut kot kot ada lagi kupu nak masuk telinga aku.

benda ni effect kat iman jugak. dia kata iman dah tanak tengok cerita hantu lah. sebab nanti kalau sakit jerit macam hantu *ada kena mengena ke..*


-cikmona-

Saturday, January 29, 2011

Enjoy The Panda Therapy

cute panda pictures with the great captions

forgive me father, for i have sinned..

betcha can't see me..

ooops! slight miscalculation.

you go. i'll just stay here and rest my head a little bit.

mum? can u come and get me down now?

kungfu panda...bring it on!

i'll give u 2 seconds to get off me or i'm calling mom.

paparazzi! could have a little privacy please?

Dear Martha Stewart: i have this brown stain on my nice, white, fluffy butt..

shhh.. i'm reviewing...

i cannot believe that i'm stuck in this tree again. what is the matter with me?

panda meditation

does this log make my butt look fate?

i'm not comin out. you'll have to come in and get me.

on the count of three.... lift!

it wasn't me! i didn't steal this bamboo shoot! i was just sitting here, i swear it!

i'm sure there's a way out somewhere. i saw an ant go this way yesterday.

absolutely nothing accomplished. the perfect day for a panda..



DON'T U FEEL BETTER ALREADY


Sunday, April 18, 2010

alahai mira..

kau nak aku ajakan kau care2 nak pakai fon aku ke? hahaha

gaye ckp nak hebat je jeret2, mcm la org yg call tu yg tak denga.

da kau PAKAI FON TERBALEK mmg la tak clear ndok..!

Tuesday, February 16, 2010

karangan: luahan perasaan atau ....??








































































aku pon x tau la cane critenye. kalo kesah benar, kesian la budak ni. tapi kalo ciptaan budak bob ni semate², imaginasi die mmg dlm n kuat gile smpi bole pk sejaoh begini. hahaha!

p/s : kpd ibu2, mak2, umi2, mami2, mama2, jgn suke tgk drama yg impaknye sgt kuat d depan anak2. krn ini lah akan terjadi. hahaha!

Wednesday, February 10, 2010

karangan terbaik, terbaik dan terbaik lagi..!

*p/s : kalu tak nampak, click pade ganba untok dibesarkan.

kisah seram sgt sgt!
tak klaka tapi serammmm
...

























soalan cekgu : HANTU ITU GEMBIRA JUGA KAH?

Saturday, February 6, 2010

contoh karangan

baca, fahami dan hayati...

*p/s : kalau tak nmpk tulisan o tak dpt nak bace, click pade gamba utk besarkan



























pesanan drpd guru t'sebut : sila jumpa cikgu. SEMAKIN TERUK!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...