Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Friday, July 15, 2011

BUAH TURUNKAN BERAT BADAN

BUAH..!! apa itu BUAH?? buah itu buah lah..! dalam bahasa ingris-nya fruit. jangan pulak ada yg tersengeh sorang2 ingatkan aku nak cerita pasal 'buah'. hahahah! ni cerita bersih ye.. takda kotor2 punya..


buah-buahan memang dah sedia maklum dengan khasiat2 yg ada padanya sehingga membuatkan perut menjadi kenyang. jadi tak hairanlah ramai yg menjadikan buah-buahan sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.! tapi... hanya beberapa jenis buah sahaja yg ada kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan.. hohohoh kompom tak ramai yg tau nih. (dengan yakinnya cuma aku sorang je yg tau.haha!)

jum lah kita tengok apa buah atau fruit-nya.....




1. LIMAU GEDANG


kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yg dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.


2. OREN

berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. serat yg ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. EPAL

ada kajian mendapati seseorang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yg tidak mengamalkannya.

4. BERI

buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan antioksidan dan dapat meningkatkan metabolisme tubuh.

5. TEMBIKAI

buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. ANGGUR

kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.


siapa kata nak diet susah hah....? makan je buah yg macam kat atas ni banyak2 kompom bole kurusssss. hihihih.. tak nak makan kosong2 ni bole buat fruit salad ke.. tambah mayonis aje.. sodappp.. oke selamat membaca dan mencuba! :)


-cikmona-

Monday, April 11, 2011

GAY??

2 hari yang lalu tengah aku duduk syok + ghairah menonton tv aku terdengar suara sumbang menyanyi2 berlagu riang. tapi lagu yang dinyanyikan tu agak comel la jugak. bila aku toleh je ke sebelah kiri aku, aku ternampak seorang kanak2 dengan penuh perasaannya tengah nyanyi lagi KOOKABARA.

disebabkan lagu tu comel aku layan la jugak. joget2 sambil tepuk2 tangan sekali gus terasa macam comel pulak aku buat camtu. *perahsantan kau cila!*

bila dah penat terkinja2 aku pun terasa macam nak nyanyi la jugak. takkan asek berjoget je dari tadi.. bosan makk! so dengan pantas aku merampas buku BI ke ntah buku music ke dari adik aku. mula2 siyes aku tak perasan mende ni. bila dah masuk kali ke-2 ke ke-3 camtu baru aku parasan 1 mende ni. (lambat pickup memang camni)


'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


anda nampak kan..? yaa sudah terang lagi bersuluh dengan jelas disitu tertulis GAY.!
i pun konpius gak nokk mula2. kot kot adik i salah eja. maklum lah budak 7tahun kan.. aku pon keluarkan soklan cepumas aku. "betul ke cicher iman tulis cani?" iman jawab dengan muka cemas jugak "iyaaa. cicher iman buat cani. iman ikut je la". *kalau salah tulis ngaku je la man..!*

tapi mungkin betul jugak cikgu dia yang buat camtu. biasalah bahasa ingris kan. 1 ayat bole jadi ada 10 makna. apa yang aku tau 'gay' tu seronok camtu laa.. tapi aku tak puas hati gak! aku amek kamus carik apa tu 'gay'? nahh! aku jumpa gay tu dia tulis riang ria. dan takda makna lain lagi dalam kamus tu. (tak cukup tebal kot kamus aku tu)

walaupun makna yang aku harap2 kan sangat takda, aku tak putus asa gak nak carik makna sebenarnya. aku try bukak kamus english - english. dan.. apa yang aku jumpa membuahkan hasil. dia kata gay : homosexual person , especially a man. sudah terang terangan dan tak payah disuluh lagi! bhahahaha! puas hati aku.

tapi!!! mana 1 maknanya yang sebenar. takkan cicher dia nak buat ayat camtu dalam lagu kanak2. sepatutnya cicher dia kena bagi ayat yang suci dan mudah difahami. atau!! adik aku yang salah tulis. (rabun kot budak tu). sama2 lah kita kaji. hahahah! i ni bahasa ingris tak penah dapat A. so sape2 yang terel gila tu bole lah bagi cadangang (ehh terkeluau ayat ganu).

sekian terima kasih. :)


-cikmona-

Monday, March 28, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


huu sepsi dan gagah lah gamba poster ni. aww!

ooh siapa je yg tak kenal cerita Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) ?? tu la cerita paling HOTTT dlm abad ni yg memakan budget sebanyak 8juta . nak nak actors/actress dia hot hot belaka plak tu u....! tak kuasa mak *gedik*

aku ni memang dah lama sangat2 pendam nak tgk cerita dia ni bayangkan cerita ni keluar 10mac. aku dapat tengok 26mac. huishh lama tuhh..

ekceli disebabkan agak keBIZIan tu yg takde masa nak tengok tu. mula2 plan nak pergi dengan akak. pastu dia pulak tak sihat. kang mengganggu mood berperang aku je. so plan nak pergi sorang je ah. tapi pikir2.... tak jadi lah. takut u sorang2. i kan girl (even takde siapa pun heran akan kewujudan aku n tak menarik langsung!)

so bila tengah baik punya fikir tiba tiba teringat pulak dekat sorang budak ni, dia telah membuat pengakuan yg dia tengah cuti 3minggu. wahh ini lah peluangnya *muka berbunga2*. aku pun capai la nfon terus bg meset yg berbunyik cani 'kaja, sudikah kau menemani aku menonton movie sabtu ini pada 26mac??' ....5min kemudian.... tanpa sebarang paksaan dia reply kat aku 'yesss i do!' aku pun hapa lagi loncat2 mcm beruk lah. akhirnya aku ada teman nak pergi tengok movie. hilang lah segala rasa takut kene pergi sorang2.

oke penat dah cerita panjang2 (bese lah perempuan) tapi 1 gamba pun aku tak tunjuk. mehh tengok gamba kitorang b'2.

so hari sabtu tu aku keje. halfday saja.. balik 2pm. terus siap cantik mantik nak jmpa kawan yg dah lama tak jumpa. pukul 3pm cepat2 amek kaja n terus ke jusco bkt tinggi sbb movie start pukul 3.30pm. gosh! nasib sempat..

sampai sana terus je dah boleh masuk. ngam ngam hoo!



tiket kami. patblas hengget wehh. aku igt lima enam hingget je (harga kanak2)

ooh tak lupa. ni 1st time mende ni jd kat aku. sepanjang2 aku tengok wyg ni 1st time wyg rosak. ada suara tapi takda gamba. gelap je. hahaha memang klaka gila. mula2 senyap je. bila dah lama2 org dah start buat bising. then dlm 5-10min kendian dorang dah elokkan. nasib tak balik n mintak ganti rugi. kalau tak penat. sbb ada certain yg balik n mintak duit.

movie dah habis, pusing2 jap, detinasi yg paling penting utk org perempuan adalah TOILET.. nak tacap2 laa. nak betulkan tudung la hape la.. hahah. tapi kitorang ketoilet bukan sbb tu suma. tapi... kitorang nak ketik ketik ketiak gamba la.. haha. no wonder ada sesetengah org suka amek gamba kat toilet. rahsianya lampu toilet sgt cantik dan memberikan cahaya yg baik. jd kesimpulannya gamba jd lah cun melecun! contoh contohnya :-


macam ni..


dan macam ni. ehh baru perasan cermin dia kotorrrr lah. yiuuww..


i conteng2 gg sbb kalau orang lain nampak konpem korang takkan tgk blog i lg. kawan2 fb akan serta merta remove i dr friendlist dorang. :'(


i amek gamba u, u amek gamba i. u pakai fon i, i pakai kemre u. aww! bhahaha!

bab sesi fotografi kat tandas dah habis sbb dah rmi akak2 adik2 makcik2 nenek2 yg melemparkan muka menyirap + menyampah + bengang. dan tak ketinggalan macik cleaner saja je buat2 sapu kat tempat ktorang berdiri. huh tu mesti cubaan nak menghalau kitorang la tu. huhhh!

kitorang pusing 1 jusco tu. bile dah penat kitorang pun balik lah. buat apa nak duduk lama2 kat situ kalau org dah tak suka.... bhahahah!

oke adik2 meh akak ajar cara nak memulakan perjalanan. mula2 pakai seat belt utk keselamaktan. ke-2 hidupkan enjen *mcm dah terbalik je dgn yg mula2 td*. yg ke-3 kalau parking berbyr jgn lupa masukkan tiket. jgn main redah je. kang remuk kete mak marah. yg ke-4 baca doa dan pandulah dgn selamat. SELAMAT MENCUBA..! :))

*gamba yg num 3 tu aku bajet terel n nak dekat. aku ikut jln bertentangan. mase smpi kat mesin tiket tu tak bole nak amek side skali nahh... jauh gila! nasib baik tgn panjang (bukan kuat mencuri okeh). haishh! cila cila.. bwk kete mcm tak pergi skolah! ceit!!



p/s: suma gamba2 ni sumber dari kaja harun. tuan empunya kemre. aku mintak secara baik. takda paksa2 atau mencuri.terima ksih daun keladi atas sumbangan anda. hihi :))


-cikmona-

Tuesday, February 22, 2011

BANTAH SEKOLAH DISWASTAKAN



KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) semalam membantah langkah menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata, dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu terhad kepada penambahbaikan infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Katanya, penswastaan bidang lain akan melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lalu bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan. - Bernama

Sumber: Metro

p/s: kalau jadi lah kan.. nasib aku dah abis sekolah


-cikmona-

Tuesday, February 15, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDURRASUL 1432H


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal s oleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

-cikmona-

Monday, January 31, 2011

Dare To Enjoy The Triple Thrills

menara yang tesergam indah ni terletak kat LAS VEGAS

agak korang la.. ape spesel sangat bangunan ni..? maybe ramai yang jawab "die paling tinggi dari bangunan2 kat sekeliling die!". dan kalau ade yang mempunyai mata yang tajam dan IQ yang sepantas kilat die kate.. "ehh macam menara kelumpo siket la rupe die.. cuma dia sexy siket sebab ade shape kat tengah2 tu 36,24,36".(bagi ikuran body siap!)

ha bila tengok dia ada lampu2 cani ramai pulak yang kate.. "ooh tu bagi kapal terbang nampak.. supaya dorang tak langgar kepala tower ni..".


'
'
'
'
'
'
'
'

TAPI...... macam mana pulak dengan poster yang terpampang besar2 kat bawah ni...??

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


percaya? percaya?

tak percaya ehh..?

mai tengok bawah lagi..

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'




amacam? ada macam kat poster tadi tak??


















hah! percaya dah?! ade macam nak guguq tak jantung tuh?
kalau korang lah.. ade beran tak nak gayut2 kat atas tower yang tinggi ni..?!
kalau tanya kat saya yang gagah perkasa ni memang TIDAKKKK! cukuplah takat tengok kat kempite ni, tu pon da rasa macam saya yang naik. dup dap dup dap jantungku manyanyi..


-cikmona-

Lebih kenyang dengan karbohidrat

KARBOHIDRAT...menjauhkan diri daripada makanan yang membekalkan karbohidrat tidak membantu untuk mengawal berat badan.


RAMAI yang gemar menolak makanan berkarbohidrat apabila mahu melangsingkan badan. Ada yang sanggup tidak menjamah nasi bertahun-tahun lamanya semata-mata beranggapan makanan berkarbohidrat tidak elok untuk tubuh terutama di kalangan mereka yang mahu mengurangkan berat badan.

Makanan berkarbohidrat adalah satu daripada sumber utama tenaga untuk tubuh. Makanan berkarbohidat dibahagikan kepada karbohidrat ringkas dan kompleks.

AMBIL LEBIH...buah-buahan dan sayuran juga mengandungi karbohidrat baik yang perlu dimakan setiap hari.

Sebelum bertindak untuk mengelak daripada menikmati karbohidrat, perlu difahami kelas karbohidrat yang sepatutnya. Hakikatnya, menikmati makanan yang padat dengan jenis karbohidrat yang betul antara rahsia untuk mendapatkan tubuh ramping dan kekal langsing.

Berdasarkan pelbagai kajian di universiti dan pusat penyelidikan terkemuka, karbohidrat dimaksudkan terdiri daripada kanji yang mempunyai ketahanan seperti biji-bijian, kekacang dan legum.

BERAS PERANG...bertukar kepada beras perang untuk mendapatkan khasiat lebih baik.

Kanji sedemikian membantu kita makan pada kadar yang kurang, membakar lebih kalori serta membuatkan tubuh lebih bertenaga, kurang tekanan dan kurang kolesterol.

Mereka yang berbadan ramping sekalipun mengambil karbohidrat setiap hari malah kajian mendapati, apabila karbohidrat merangkumi 64 peratus (361 gram) daripada jumlah pengambilan kalori setiap hari, ia banyak membantu tubuh untuk kekal langsing.

Kebanyakan diet rendah karbohidrat mengehadkan pengambilan karbohidrat kurang daripada 30 peratus jumlah kalori, malah ada kalanya hanya 30 gram karbohidrat setiap hari.

Kebanyakan makanan yang kaya dengan karbohidrat bertindak dengan mengekang selera makan. Ia lebih mengenyangkan berbanding protein atau lemak.

Karbohidrat berkenaan membuatkan tubuh rasa kenyang kerana ia dihadam secara perlahan berbanding jenis makanan lain, sekali gus mencetuskan rasa kenyang pada otak dan perut.

Kajian di Universiti Surrey, United Kingdom, mendapati pengambilan kanji yang mempunyai ketahanan lama dalam satu hidangan membuatkan peserta kajian itu mengambil 10 peratus lebih rendah kalori (anggaran 150 hingga 200 kalori untuk purata wanita) keesokan harinya kerana mereka rasa kurang lapar. Gabungan karbohidrat yang tepat juga satu cara yang baik untuk mengawal gula dalam darah dan menjauhkan kencing manis.

Kajian di Pusat Pemakanan Manusia Beltsville di Amerika Syarikat mendapati peserta yang mengambil diet kaya dengan makanan tinggi kandungan kanji berkenaan berupaya untuk mengurangkan gula darah selepas makan dan tindak balas insulin sehingga 38 peratus.

Apapun, pengambilan karbohidrat perlu digabungkan untuk mengelakkan kenaikan mendadak gula dalam darah. Pilihan beras perang misalnya, lebih baik daripada beras putih dan pengambilannya sebaik-baiknya digabungkan dengan makanan lain seperti kekacang bagi menyeimbangi gula darah.

Karbohidrat dalam makanan berkanji tahan lama itu juga mempertingkatkan metabolisme dan pembakar lemak semula jadi tubuh yang lain. Ketika makanan terbabit bergerak ke arah sistem penghadaman, ia membebaskan asid lemak yang menggalakkan pembakaran lemak terutama di bahagian perut.

Asid lemak ini membantu untuk mengekalkan jisim otot yang turut meningkatkan metabolisme, membantu untuk mengurangkan berat lebih cepat.

Dalam satu kajian, apabila saintis memberikan sekumpulan tikus makanan yang kaya dengan kanji terbabit, ia didapati meningkatkan aktiviti enzim pembakaran lemak dan mengurangkan aktiviti enzim penyimpanan lemak.

Tip mengenai karbohidrat:
- Tubuh yang langsung tidak mendapat karbohidrat sebagai sebahagian daripada pemakanan seharian boleh menyebabkan mereka mengalami ketosis.

Ia adalah keadaan iaitu tubuh berada dalam mod kelaparan dan mula menghadam tisu otot, bukannya lemak. Paling minimum, sebanyak 100 gram karbohidrat disarankan oleh pakar untuk menghalang daripada berlakunya ketosis.

- Karbohidrat kompleks adalah sumber penting khasiat yang membekalkan tubuh dengan serat, potasium serta vitamin B, E dan C.

Karbohidrat kompleks ini lebih baik untuk tubuh kerana perlu dipecahkan terlebih dulu sebelum ditukar kepada glukos. Ini membolehkan pembebasan glukos dan insulin secara stabil. Makanan berkarbohidrrat kompleks termasuk buah-buahan, sayuran dan bijian penuh.

- Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah karbohidrat baik yang perlu dimakan setiap hari.
Sayuran tidak hanya menyihatkan malah kaya dengan antioksidan yang meningkatkan sistem ketahanan tubuh iaitu aspek penting untuk mengurangkan berat. Seeloknya, pilih sayuran terdiri daripada pelbagai warna.

- Bijian penuh yang juga karbohirat yang baik boleh didapati daripada makanan seperti oat, gandum penuh dan barli. Tambahkan bijian penuh dan kekacang dalam sajian seharian.


Sumber: myMetro

p/s: jagalah kesihatan supaya kita sentiasa bertenaga untuk melakukan segala aktiviti harian. :)


-cikmona-

Wednesday, January 19, 2011

Beware of Fake Chinese Eggs

Manufacturing fake eggs

In China there are fake schools and classes that teach a variety of blatant fraud technology, even eggs can be modulated by chemical materials, but also be able to fry cook, is currently the most popular False course.



Step 1 modulation of raw materials
Using 7 kinds of chemical materials, see pic below

Fake egg was made from calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products.


Step 2 egg production

Raw egg into the mold to 2 / 3 full, put calcium chloride, colouring die, the egg appears on the film been announced.

The 'yolk' is shaped in the round mould. 'Magic water' containing calcium chloride is used.


By adding a yellow pigment and become raw egg yolk..


Step 3 fake egg shape
In the mold into 1 / 3 raw egg white, like the first package, like dumplings into the egg yolk, egg white into another, into the magic water, a shell eggs will come slowly. Naked egg shape to 1 hour to dry after washing with water, at shells ready.

Step 4
Sewing lines through the use of eggs, immersed in paraffin wax, calcium carbonate, such as modulation of the eggshell into a solution, repeated several times until the shell a little dry, immersion in cold water pumping line shape, this point, the egg has been put on a false cloak , You're done.

Hard shells are formed by soaking in paraffin wax onto the egg, which are then left to dry.






Oh yeah The Egg is ready. The artificial egg shell is very fragile and break easily but who cares!!

Look so real!!


Many small bubbles is formed during frying the egg but not many people can tell the different

The egg look exactly the same, and the eggs taste better than real but you are adding to the

Statistic of food poisoning person.




Why make fake eggs ?
Because of money.
The cost of fake egg is only 0.55 Yuan/kg, while the true market price is 5.6 Yuan/kg

Cases of problem foods and food poisoning are widely reported in Mainland China over the last few years.. In 2001, there were 185 cases of food poisoning, affecting about 15,715 people and causing 146 deaths. The cases doubled in 2002. In 2003, the number of reported cases was ten times more than that in 2001, and the number of people suffered was as high as 29,660, including 262 deaths Now In Sept 2008 Nearly 53,000 Chinese children sick from contaminated milk; 4 have died





Friday, January 14, 2011

Abs Workout Will Reduce Your Belly








































*jum kite senaman untuk kesihatan bersama abang2 body kite. awww!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...