Tuesday, July 26, 2011

KECOH LAH MAKCIK NI!

23 july lepas sy balik kampung utk menghadirkan badan ni pada majlis pernikahan sepupu sy dekat banting. walaupun sy kene kerja masa tu sy mintak balik awal konon2 nya dapat lah tengok org nikah. tapi... lambat jugak. sampai2 semorang dah keluar dari masjid. nasib belum sempat masuk masjid lagi. kalau tak.. kompom malu gila. haha.

tapi sy bukan nak cerita pasal orang nikah. sy nak cerita pasal kejadian yg mengejutkan sy dan org disekeliling sy jugak. ceritanya gini.. bila dah sampai kat rumah perantin tu sy dgn akak sy duduk2 la kejap rehatkan diri lepas dah 'jauh' berjalan (klang to banting. jauh kan) haha. ngumpat2 sekejap. huha sana. huha sini.


TIBA-TIBA.............


datang la sorang makcik ni hulur tangan dekat kitorang nak salam (mcm artis la aku ni. org dtg hulur tangan nak salam) haha! so sy sebagai seorang anak yg CUKUP DIAJAR OLEH KEDUA2 IBU BAPA ni sambut tangan makcik tu SALAM DAN CIUM TANGAN. macam biasa. org yg lebih muda akan cium tangan org yg lebih tua. 'YANG MUDA DISAYANGI. YANG TUA DIHORMATI' *tiba2*.


TAPI............. *macam drama la pulak*


MAKCIK TUA YG KURANG SEDAR DIRI tu bole men-sound sy "LAIN KALI SALAM ELOK-ELOK!" siap pukul bahu sy depan org sampai bergoyang 1 badan. dah la aku ni kurus. ceit!

sy ni pun blur je diperlakukan sedemikian rupa sbb tak paham dengan makcik tu. "apakah makcik ni? mental kah? ape salah aku? or dia salah org? mungkin ke dia nak sy cium sampai siku dia?" macam2 soalan la yg berlari2 kat hotak ni. =__="

siyes di sini sy katakan mak apak sy tak pernah nak pukul sy sampai macam tu sekali sbb benda remeh camtu. haa kan dah start kehilangan kesabaran aku ni! makcik tu kononnya nak ajar sy cara2 salam org tua dengan elok la. macam lah mak apak sy tak pernah ajar. WAHAI MAKCIK TUA. SILA LAH CERMIN DULU DIRI DAN RUMAH TANGGA ANDA. jangan sibuk nak ajar org lain sampai diri sendiri punya salah tak nampak oke!

lepas tu sy mengadu dekat ibu sy. habis kecoh 1 kampung sy cerita (biasalah. dalam kenduri mst ada ngumpat2. baru lengkap) haha. bukan sy anak manja. tp saja nak puaskan hati je.

bila esoknya hari ahad 24 july kitorang beramai2 pergi menziarahi kubur termasuk makcik lancang tadi tu. biasa lah kat tanah perkuburan mestilah sunyi kan. cuma dengar org baca2 doa je. TIBA-TIBA lagi.... handphone makcik tu berbunyik. pumpam pumpam! perghh.. memekak gila punya. 'weh makcik tak reti nak hormat ke org tengah baca doa? haritu beriya2 benau nak ngaja aku. sekarang dia plak buat hal. BIADAP SUNGGUH!' *cakap dalam hati je*

sy ni bukan lah nak kurang ajar sangat. tapi agak2 la kan.. elok2 sy ni hormat kat dia sebagai saudara sy dan org yg tua dari sy terus hilang rasa hormat tu kat dia. lepas tu sy salam dia tak cium tangan langsung. kalau boleh nak elak dari salam dia. siyes tersentap hati mak nak...!





akhir kata YANG MUDA DISAYANGI. YANG TUA DIHORMATI. SAYANGILAH KEDUA ORANG TUA ANDA. nah amek kau. haha :)

ooh ooh kalau lah ayeem ayam TERRR-baca blog yg hina lg dina ni. mintak tolong lah dia buatkan tutorial pasal CARA2 SALAM ORANG TUA DENGAN SEBETUL2NYA. hihi. pelis pelis pelishhhh...

-cikmona-

Sunday, July 17, 2011

INI 'BABY' SAYA

'bebeh bebeh bebeh! ooooo... bebeh bebeh bebeh! nooooo...'
haaa nah kau.. siap ade lagu jastin biber lagi permulaan cerita aku ni. kalau JB tu paham mesti bangge dia. hahaha!

aku ni semenanye memang dah lame2 gila gila gila nak cerita pasal 'baby' aku ni. tapi tulah.. tak berkesempaktan la pulak. haisss..

so aku memilih pagi ahad yg hening ni untuk mengeluarkan idea cerita mengarut aku ni. ooh! ekceli aku bukan nak cerita pasal baby yg aku beranakkan tau. yelah i ni belum kawen lagi..
bujang dan anak dara lagi.. aww! *perlu ke cerita sume ni kat org*. oke sambung balik cerita aku.. haaa baby ni aku beli... kat jusco bukit tinggi.. haaa....... nak tengok 'baby' sy yg kiut miuttt?? ajommmm!





ini lah baby sy!! yaa baby hamster! ni masa baru balik dari beli diorang ni.. ehhh diorang?? ni kan binatang. so kene tukar lah.. DIA BINATANG.. haa baru betol!! aku beli 2 ekor. 1 jantan. 1 betina.. bercinta lah dia binatang ni dalam cage tu.. ohh tikus ni takde nama. kitorang panggil tikus je sebab masa kecik2 kitorang tak tau nak bezekan yg jantan dengan yg betina. maklumlah belum baligh lagi. 'barang' pun belom besar lg. so tak nampak lah. haha. yg penting hamster ni dari jenis 'whitemusk' apekebenda ntah! panjang sangat. tak hengat aku.



ni cage dia.. mula2 tu tak besar lagi lah rumah dia. ni pun kitorang beli set punya. siap dah de makanan ape tu semua. murah aje. yela.. orang baru nak membela2 ni. kene lah beli yg set punya. bila dah lama2 bole lah tukar.



see see kat dalam tu dah lengkap ade tempat makan, tempat mandi pasir wangi, habuk kayu untuk dia tidur. haa. bes kan..



benda ni aku masih tak paham fungsi dia. tapi orang tu kata untuk cebok2. dia.. hamboii ade cebok2 lagi.. untuk kebersihan kan... letak aje lah.


yg ini botol air untuk dia binatang minum lah. semua pun perlukan air untuk hidup. *wink wink*


hah siap ade bilik kayu untuk dia binatang tidur lagi.. :)


tikus sy pandai posing2. see mereka pandai buat2 kiut bukan...?


ni plak masa dia tidur. ssshhhh.... *bisik-bisik*


yg ni lagi 1 hal. aku tak berapa nak paham jugak. bole dia tertidur macam tu. tak sempat nak masuk rumah kayu dia tu. tekeluar punggung dia. bhahaha!


ni aku tak tau jugak. mungkin ke dipanggil habitat atau habit tikus ni. dia suka kumpul makanan banyak2 dalam mulut dia samapi pipi dia jadik kembang mcm kat atas ni. ada 1 hari tu kitorang tak tau dalam mulut dia ada makanan. sekali angkat je konon nak manja2 pegang2 la.. dia ludahnye makanan dia yg banyak dalam mulut dia tu. haisss tak senonoh punye tikus


tapi sekarang.. bila dah 2 ++bulan kitorang bela dia binatang ni. kitorang dah beli kan rumah baru besar dan panjang untuk mereka2 ni. almaklumlah mereka2 pun dah besar panjang. yg jantan pun dah 'besar' jugak. dah boleh nampak dengan jelas sekali.. skali gus boleh lah kitorang nak bezekan yg jantan dengan betina. tapi still takda nama jugak. panggil TIKUS or BABY je.. manja kan nama tu.. haha


Friday, July 15, 2011

BUAH TURUNKAN BERAT BADAN

BUAH..!! apa itu BUAH?? buah itu buah lah..! dalam bahasa ingris-nya fruit. jangan pulak ada yg tersengeh sorang2 ingatkan aku nak cerita pasal 'buah'. hahahah! ni cerita bersih ye.. takda kotor2 punya..


buah-buahan memang dah sedia maklum dengan khasiat2 yg ada padanya sehingga membuatkan perut menjadi kenyang. jadi tak hairanlah ramai yg menjadikan buah-buahan sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.! tapi... hanya beberapa jenis buah sahaja yg ada kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan.. hohohoh kompom tak ramai yg tau nih. (dengan yakinnya cuma aku sorang je yg tau.haha!)

jum lah kita tengok apa buah atau fruit-nya.....




1. LIMAU GEDANG


kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yg dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.


2. OREN

berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. serat yg ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. EPAL

ada kajian mendapati seseorang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yg tidak mengamalkannya.

4. BERI

buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan antioksidan dan dapat meningkatkan metabolisme tubuh.

5. TEMBIKAI

buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. ANGGUR

kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.


siapa kata nak diet susah hah....? makan je buah yg macam kat atas ni banyak2 kompom bole kurusssss. hihihih.. tak nak makan kosong2 ni bole buat fruit salad ke.. tambah mayonis aje.. sodappp.. oke selamat membaca dan mencuba! :)


-cikmona-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...