Friday, May 24, 2013

FAKTA TENTANG CECAIR AMNIOTIK

Helo.. Selamat menyambut hari Wesak!

Harini aku nak bukak cerita pasal cecair amniotik atau biasanya dipanggil air ketuban. Kesedaran ni bermula bila aku dpt mesej dari akak aku yg dia kene beranak awal atas sebab kekurangan air ketuban. Jadinya aku pon nak tau la macam mane die boleh kurang. Aku tanye akak aku, dapat la sikit info. Cuba plak tanye akak-akak kat opis aku, tapi takde sorang pon yg tahu. huh! So, aku pon feeling2 pakar sakit puan la nak mengkaji pasal benda ni.

Ramai kaum ibu hamil yg tak tahu atau tak pernah nak amek tahu pasal cecair ni.

Cecair ini berasal dari rembesan kulit dan air kencing bayi di dalam rahim. Air kencing yang dihasilkan oleh bayi juga sebenarnya berfungsi untuk buah pinggangnya kerana bayi akan menelan semula cecair tersebut. Ini bermaksud fungsi buah pinggang dan gastrous bayi dalam posisi yg normal.

Pada awal kehamilan air ketuban ini hanya air sahaja. Selepas 12 minggu kehamilan air ketuban ini dipenuhi dengan zat-zat gizi seperti karbohidrat dan protein. Air ketuban juga bertambah selari dengan perkembangan bayi sehingga mencecah 39 minggu. Setiap ibu hamil yg normal mengandungi hampir 2liter air ketuban. Kecuali berlaku kebocoran.

Jika air ketuban kurang ia menunjukkan bahawa bayi anda sebenarnya tidak berjaya menghasilkan air kencing yg mencukupi untuk dirinya sendiri.

Fungsi air ketuban :-

1.  bertindak sebagai kusyen untuk melindungi bayi daripada trauma akibat hentakan dan sebangainya.
2.  menstabilkan suhu persekitarannya.
3.  melindungi dan mencegah tali pusat dari kekeringan yg boleh menyebabkannya mengerut dan seterusnya meghalang penyaluran oksigen melalui darah ibu kepada janin.
4.  membolehkan bayi bergerak lebih bebas, membantu sistem pencernaan janin, otot dan tulang rangka serta sistem pernafasan bayi supaya berkembang baik.
5.  sumber nutrien kepada bayi ntuk sementara waktu
6.  selaput ketuban dengan cairan ketuban di dalamnya merupakan penahan untuk bayi dan rahim terhadap kemungkinan jangkitan kuman dan virus

Punca-punca air ketuban berkurangan :-

1.  Koyakan pada dinding air ketuban
     - koyakan kecil pada dinding air ketuban menyebabkan cecair ketuban keluar. Ia boleh berlaku pada mana-mana trimester, tetapi kebanyankannya terjadi apabila menghampiri tempoh bersalin. Koyakan ini meningkatkan risiko jangkitan pada ibu dan bayi kerana koyakan ini memberi laluan kepada bakteria untuk masuk ke kawasan air ketuban. kebiasaannya, koyakan ini akan sembuh sendiri dan paras air ketuban akan kembali normal.

2.  Masalah Placenta
    - masalah pada placenta seperti placenta abruption, menyebabkan bekalan darah dan nutrien berkurangan pada bayi anda dan menyebabkan bayi berhenti mengitar semula.

3.  Keadaan kesihatan
    - seperti yg dinyatakan, beberapa keadaan seperti, pre-eclampsia (tekanan darah tinggi), diabetes dan lupus boleh menyebabkan kekurangan air ketuban.

4.  Mengandung kembar 2 atau lebih
    - ibu mempunyai risiko yg tinggi untuk kekurangn air ketuban jika mengandung kembar 2 atau lebih. Keadaan ini berlaku akibat sindrom peralihan cecair kembar kepada kembar di mana seorang kembar membentuk air ketuban yg kurang dan seorang lagi membentuk air ketuban yg banyak.


Ketidaknormalam fetus

Sekiranya ibu didapati mempunyai air ketuban yang kurang semasa trimester pertama dan kedua, berkemungkinan bayi ada mengalami masalah. Sekiranya buah pinggang bayi tiada atau tidak terbentuk dengan sempurna(Potter's syndrome) atau saluran urin bayi tersumbat, bayi tidak dapat membentu urin yang cukup untuk memastikan air ketuban berada pada paras yang normal. kegagalan jantung juga bole menyebabkan masalah ini.Sekiranya ibu mengalami kekurangan air ketuban, doktor akan memeriksa bayi dengan lebih berkala untuk memastikan perkembangan bayi yang sempurna.

 Sekiranya ibu menghampiri tempoh bersalin, ibu akan di induce. Dalam sesetengah kes, ibu akan dinasihatkan untuk bersalin awal - cthnya jika ibu mengalami pre-eclampsia

Bayi anda akan diperiksa lebih teliti dengan melakukan ultrasound yang lebih kerap. Ibu akan diminta untuk minum air yg banyak, melakukan pengiraan tendangan bayi dan segera maklumkan kepada doktor sekiranya ibu mengesan pergerakan bayi semakin kurang aktif.

Kekurangan air ketuban meningkatkan risiko komplikasi semasa bersalin. Apabila paras air ketuban rendah, pergerakan bayi ataupun contraction ibu menekan tali pusat.

Pembedahan akan dilakukan sekiranya doktor atau bidan mendapati proses kelahiran yang normal membahayakan bayi anda. 






**info ni di atas ni aku dapat dari banyak sumber. Mungkin ade banyak kekurangannya. Untuk info lebih tepat, rajin-rajinlah bertanya pada yg pakar ye..!**


Sunday, July 22, 2012

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum.. 

walaupun dah 2 hari kita berpuasa tp tak terlambat sy nak ucapkan selamat menyambut ramadhan kepada semua umat islam.

dalam bulan ni la kite kene banyak bersabar dan mengawal nafsu kita. banyakkan beribadah. semoga kita sama2 memperolehi keberkatan pada bulan ramadhan yg mulia ini.


Selamat Pengantin Baru

Heloooo.. Selamat pagi :))

Oke.. harini aku nak cerita pasal cerita yg hampir nak basi pasal perkahwinan akak sy. tapi sebelum tu sy nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

Ekceli dah nak masuk 2 bulan akak sy kawen.. Pernikahan die berlangsung pada 5 May 2012 haritu. Resepsi dia plak pada 6 May 2012 lepas..

majlis ni tak penuh dengan adat pun. haa selalu orang kata majlis dipenuhi dengan adat bagai. tapi kami buat yang simple2 je. kalau tak silap aku, hantaran dorang haritu pun 5 berbalas 5 jugak. dan dorang takde bersanding. masa tu banyak diluangkan untuk menyambut tetamu. 

tak nak cerita panjang2. sebab takde benda nak cerita pon.. nak tunjuk gambar je..


Mira + Hafiz (Nikah - 5.5.12)

nindia nindia! hero dah sampai..! 

tu dia! perempuan pulak dah sampai.. yg baju hitam tu.. tu tu.. nampak kan..? haha!

lepas selesai solat asar. mereka dinikahkan lah.. dialognye cani "aku terima nikahnya bla bla bla.. dgn mas kahwinnya RM$$$$" dengan 2x lafaz. sebab yg 1st tu laju sangat. selalu practice leteww!
dah selesai..

tukar2 cincin

Mira + Hafiz (Resepsi - 6.5.12)

photo booth..

pengantin bersiap..

walimatul urus..

pengantin dah sampai..

ehhhh?? nak jugak.....

dimulakan dengan Bismillahhh.. bacaan doa pembuka masjlis

pengantin dan keluarga lelaki makan..

tetamu yg hadir tengah makan sama2 dengan perantin.. 

bergambar dengan family sebelah pengantin lelaki

tetamu VIP. ni lah doctor2 yang sambut kitorang masa lahir.. dari akak sy sampai adik sy dorang lah banyak amek berat. the best la mereka ni!

huuu dah ada ibu bapa mertua.. tak tahan mak..! huh tengok pose macam bodek jewww! haha!

family sebelah ibu

family sebelah babah

family saya.. dah bertambah. mak apak sy dah ada menantu. sy dah ada abang ipar..

gambar terakhir gedik2 saya sebelum majlis berakhir

*sume gambar diambil oleh crew MASPUTEH FOTOVIDEO. thanks :))

kepada kakak saya.. SELAMAT PENGANTIN BARU *raya tahun ni sorang2 la aku..*

Sunday, April 15, 2012

BATTLESHIP


oyeahh.. harini dapat gak aku tengok cerita battleshit ehh BATTLESHIP! gila bangga weh.. susah betul nak dapat tengok cerita ni.. asek penuh je..

jadi makanye masa hari jumaat tu kitorang dah book ticket guna online je. excited terlebih tu biasa la.. memang selalu terjadi kat aku ni!

cerita ni memang bes gila khinzir punye.. ngeri pun ada.. banyak action dari mula sampai last cerita tu. bukan takat thmbs up je. dah tahap toes up sume. dengan ibu jari kaki skali terangkat! haha!

salah 1 babak tembak menembak. lawan melawan. gaduh bergaduh. siyes gempak!

yang penting dan yang terpaling2 penting! hero die kacak gagah perkasa. itu yang menaikkan selera penonton utk tengok.. lagi2 haku ni hah.. kacak sangat tu tak lah.. tapi bole la bagi semangat aku nak tengok cerita ni.. :))


-cik mona-

Friday, April 13, 2012

KL Bird Park

halooo..assalamualaikum.. salam 1 2 3 4 5 Malaysia.. salam cium tangan dan sebagainya..

dah lama rasanya tak menjenguk blog ni. terbiar je.. akhirnya malam ni berkesempatan gak aku nak menghadap blog tercinta tersayang intan payung dan sebagainya ni..

untuk beberapa bulan yg lalu mmg tak banyak cerita aku nak cerita kan pon.. sekarang dah ade tu yg excited semacam je nak cerita tuhh! 

10 april 2012 (sehari sebelum cuti), aku bersama beberapa orang kawan (2 orang je..) se-opis telah mem-plan nak pergi berjalan. tapi tak tau nak g mane.. titibe ade satu suara sumbang yg telah menyumbangkan idea utk ke taman burung. kitorang setuju je la dgn idea dari suara itu tadi. plus aku plak memang tau kat mane ada taman burung yang besar.. (cuma tak tau jalan je)
*fuhh baku gile ayat aku mcm buat karangan SPM tuu!*

11 april 2012 hari rabu. cuti umum sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong, pukul 8am++ kitorang dah berkumpul n terus bertolak ke KL utk ke KL Bird Park. dengan bantuan GPS, kami ber-4 yg terdiri dr seorang aku, seorang AKAK nurul, seorang ABANG ajis, dan seorg kemeremen abg kony yg kecik, selamat sampai pukul 10am tepat wehh.. dapat parking depan2 lagi sebab awal.. jadi bermula lah LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN MENGENALI BURUNG..

pagi2 biasalah beli tiket dulu.. rege untuk dewasa RM25. kanak cuma RM12 sahaja..

masuk2 je nampak burung tgh makan.. (sila abaikan muka bangga kami..)
tu dia.. masuk2 dah dapat tgk burung makan.


ade banyak jenis burung kat sini. tp yg aku kenal 2 3 jenis je. yg lain jarang jumpa. haha! tapi yg besnye burung yg jinak die lepaskan. bole la amek gambar dekat2. cuma yg bahaye je die dok dalam sangkar.. kalau terlepas gak kompem tak balik rumah le aku..! haha

time ni burung tgh makan. so senang la nak datang dekat2.. ngeeee
merak paling besar kitorang jumpe.. gagah perkasa dohhh!
burung unta..!
burung ni mate die merah. tapi nama die tak hengat la..
kat sini ada sungai. n kat sungai ni ada macam2 jenis bangau. hihi
ni la akibatnya kalau sibok sangat nak amek gambar dekat2 dengan burung/bangau. kalau bole nak peluk tuu.. bhahahah! 
dan.. kami meneruskan perjalanan ke World of Parrots
kalau korang nak rasa sangat burung tu hinggap kat korang.. kat sini hadooo! korang bole mintak susu dgn pejaga burung2 ni pastu burung2 yg tak malu ni akan hinggap kat korg tanpa rasa segan silu.. yg besnye burung2 ni akan bergaduh utk merebut semangkuk susu yg kecik tu, time jugak la korg akan merasa cakaran, gigitan dan patukan burung2 ni.. haha! tgn I berdarah hokeyyy.. 
kat dalam kotak ni ade mesin yg kite masuk duit tu pastu pusing2 klua telur dalam die ade mainan. tp ni dlm die ade makanan burung. tp lagi skali mesin ni dah rosak n dah telan duit kami sebanyak 50sen. rugi tau.. bole dpt gugule 5 bijik.
tengah dok lepak rehat2 skali ade la burung merak melintas. nak jugak interpremm.. kau hengat kau cantik sangat leteww! yg penting gua suke tgk kapel seblah gua tu.. org harabbb! laki die kachakk! awww!
its show time!! hoho ni tgk bird show.. kalau dah dtg tempat binatang ni biasalah mesti ade show kan.. 
dah nak balik tu sempat la singgah kedai beli2 la sikit kononnye. macam pegi obersis je.. haha! I belikan baju utk adik je.. sbb mula2 dia nak ikut tapi aku tak bagi. kesian...
last skali aku nak tunjuk la abe kemeremeng kite ni.. abg kony! (sila jgn salah sebut). byk gambar kite syok sniri je.. gambar die takde punn.. 

pasni kalau ade rasa2 nak p berjalan. mai la try bawak family o kengkawan ke.. takyah sibuk g jauh2. yg dalam selangor ni habis kan dulu.. :)

-cikmona-

Saturday, November 26, 2011

Calon-calonnya..!

wah tiba2 malam ni rasa macam nak TERcerita pasal calon2 suami plak. hah SUAMI?? perlu ke guna ayat tu.. okelah disebabkan SUAMI tu agak menjejeskan sikit bunyik die aku pakai LAKI je lah. baru la cool.. haha! dulu aku pernah cerita pasal kahwin. tapi camne nak kawen kalau takda calon kan. tu la aku nak habaq malam ni

ekceli mood gatal ni datang lagi bila aku rasa nak tengok movie tapi takda sape aku nak ajak. time ni la tiba2 terfikir kalau la aku ade bakal/calon laki boleh ajak die temankan.. bole suruh die belanja.. tapi aku kesah hape! aku baru 20 tahun.. muda lagi.. *sedapkan hati*

aku ni bukanlah jenis perempuan yg suka memilih sangat. itu tak boleh ini tak boleh. sume pun serba tak boleh. APA PON TAK BOLEH! aku ni jenis yg simple2 je.. kalau nak carik calon laki pun yg sederhana2 je.. janji die kaya, kacak bergaya, gagah perkasa sudah lah.. alah! yg simple2 je lah! takda la kata high taste sangat macam bawang putih tu. nak kahwin dengan anak raja je. huh!

so kat sini aku nak tunjuk lah beberapa contoh lelaki idaman. aww malunya nak cerita! *blushing*

*

*

*

*

*

*

*

oke ni mestilah aku letak #1 kan.. rasa2 sume pun bole agak. sape tak nak laki baik, beriman, anak soleh, muka suci, suka bagi tazkirah kat korang tiap2 hari. kan kan kan? :))

yg #2 mestilah lelaki yg bekerjaya. ada kedudukan kewangan yg kukuh. i mean bukanlah nak yg kaya2 sgt. yg 'SEDERHANA' mcm kat gambar atas ni pun bole je.. duit MEMANG bukan segala2nya kat aku. janji bole tanggung aku kan.. kalau tak keje kang nak bagi aku makan ape plak.

#3 mesti la rajin.. penting tu! top 3 tau! masak bole.. kemas rumah bole.. jage baby bole.. ehh baby? aww malu lagi! terbaik tu laki cani. bole harap.

pasal paras rupa aku tak kesah sangat. kalau emsem sgt nanti org mengata "ehh kapel tu macam bintang dengan bumi!". kalau gagah perkasa sangat pun nnt ada yg kata lelaki gagah mak hayam! badan ketul2 tapi perempuan perut buncit tayar spare bersepah! so yg sederhana mcm jacob cerita twilight ni pun bole la.. bibir sepsi. hidung mancung. mate redup! fuhh kompem anak emsem ni..! :))


oke lah cukup la tu. tak nak byk2 sangat sebab aku tak pernah pun ada CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN ni. sebab kalau nak berciri2 sangat kang umur 40 pun aku anak dara lagi. bhaha! kalau semua perempuan sibuk nak carik lelaki yg PERFECT aku plak sibuk carik lelaki yg sederhana2 je. contoh yg sederhana ni macam yg kat atas2 ni sume lah. :))

cik mona

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...