Bau badan berpunca daripada kurangnya penjagaan kebersihan diri dan bukanlah akibat dripada peluh.Ini kerana bau badan hanya timbul selepas peluh kering dan ianya disebabkan tindakan bakteria yg wujud scr semula jadi di atas kulit.
Makanan juga boleh menyumbang kpd bau badan. Peluh mengandungi protein atau minyak drpd bawang merah (union), bawang putih (garlic), kari dan makanan berempah mempunyai bau lebih kuat.
Keadaan menjadi lebih teruk jika kita memakai pakaian yg tidak menyerap peluh. Peluh yg terperangkap menyebabkan kulit (khususnya di bhgian yg nyk kelenjar peluh spt di bawah lengan, kaki dan celah kangkang) menjadi lembap dan akan merangsang bakteria.
Cara terbaik bagi mengatasi masalah bau badan ialah :
- menjaga kebersihan diri spt kerap mandi sekurang²nya 2kali sehari. Gunakan sabun atau cecair mandian, terutama ketika cuaca panas.
- gosok bahagian yg kerap berpeluh bagi membuang sel mati dan membuka liang roma (ketika mandi). Ini juga dpt merangsang peredaran darah dan membantu melancarkan proses penyingkiran bhn toksik.
- kerap bercukur pd bhgian² tertentu, krn ianya mengurangkan bakteria dan bau badan.
- pakai pakaian deperbuat drpd kain kapas atau fabrik yg boleh menyerap peluh dgn baik.
- memakai deodoran atau wangi-wangian yg tidak keterlaluan.
- kurangkan pengambilan makanan berproses, awet dan mengandungi byk pewarna.
- kurangkan pengambilan gula, kafein dan alkohol
- kurangkan merokok (bg perokok) atau lebih baik jika dpt meninggalkan terus tabiat buruk ini.
- minum lebih byk air iaitu sekurang²nya 1liter sehari, seelok²nya mulakan hari dgn meminum segelas air yg dicampur sedikit perahan limau.
- makan lebih byk makanan mengandungi serat serta sayur²an campur (spt kentang, keladi, kacang, brokoli, kubis, bunga kubis dan lobak) yg dikukus.
- kurangkan makanan pedas, berempah dan yg berbau kuat (spt bwg merah, bawang putih dan kari).
- mandi sauna atau wap seminggu sekali (jika perlu).
- senaman
Jika mengalami masalah peluh berlebihan (hiperhidrosis), jumpa doktor dan berbincang mengenai kaedah sesuai utk mengatasi masalah.
Jika masalah teruk hingga menjejaskan aktiviti harian, minta doktor merujukkan kpd pakar krn ada pembedahan yg boleh menghentikan masalah hiperhidrosis.
Seandainya masalah tidak berkurangan, jalani pemeriksaan kesihatan krn bau peluh yg kuat boleh menjadi petanda pada masakah kesihatan spt penyakit hati, kencing manis (diabetis), mengalami jangkitan kulat atau masalah pd usus.
2 comments:
aku tak ske dekat ngan org yg bau cm taek kuceng pastu jual minyak mangi kat aku plak..iiiyyyakk!
SAHABAT karib kau la tu.!
Post a Comment