Monday, February 7, 2011

SERIOUS.. MENGANTUK GILA!


huh siyes hari ni memang mengantuk gila.! maklumlah baru habis cuti panjang raya cina hari tu kan.. 4 hari tu.. mau tak terkejut badan ni tiba2 je nak kene pergi kerja (pemalasnya kau ni cila).

selalu time cuti bangun asek2 tengah hari je, tiba2 hari ni kene bangun awal pagi pulak. dah lah semalam berjalan sakan sampai ke petang. lepas tu tidur lambat sampai pukul 2am pulak tuh.. haihh.. teruk3.!

bajet hari ahad tu nak dok rehat je la kat rumah sebab isnin nak kerja. so takde la penat sangat nanti. tapi terberjalan jugak. haishh..

so pagi ni datang kerja dah rupa kongkang mengantuk muka masam, tawar hebeh, benyek2 semualah! haha.. nasib baik tak tertidur time buat kerja. tahan punya tahan pukul 1pm tersungkur jugaklah muka ni di atas meja tempat saya bekerja. http://www.emocutez.com

sekarang kepala sakit gila macam nak pecah sebab tahan mengantuk dan tak cukup tidur. so saja la buat entry ni nak lupakan segala sakit kepala sambil2 bole KURANGkan rasa ngantuk (kurangkan je ya. bukan hilangkan terus rasa mengantuk tu) haha..


-cikmona-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...