Tuesday, July 26, 2011

KECOH LAH MAKCIK NI!

23 july lepas sy balik kampung utk menghadirkan badan ni pada majlis pernikahan sepupu sy dekat banting. walaupun sy kene kerja masa tu sy mintak balik awal konon2 nya dapat lah tengok org nikah. tapi... lambat jugak. sampai2 semorang dah keluar dari masjid. nasib belum sempat masuk masjid lagi. kalau tak.. kompom malu gila. haha.

tapi sy bukan nak cerita pasal orang nikah. sy nak cerita pasal kejadian yg mengejutkan sy dan org disekeliling sy jugak. ceritanya gini.. bila dah sampai kat rumah perantin tu sy dgn akak sy duduk2 la kejap rehatkan diri lepas dah 'jauh' berjalan (klang to banting. jauh kan) haha. ngumpat2 sekejap. huha sana. huha sini.


TIBA-TIBA.............


datang la sorang makcik ni hulur tangan dekat kitorang nak salam (mcm artis la aku ni. org dtg hulur tangan nak salam) haha! so sy sebagai seorang anak yg CUKUP DIAJAR OLEH KEDUA2 IBU BAPA ni sambut tangan makcik tu SALAM DAN CIUM TANGAN. macam biasa. org yg lebih muda akan cium tangan org yg lebih tua. 'YANG MUDA DISAYANGI. YANG TUA DIHORMATI' *tiba2*.


TAPI............. *macam drama la pulak*


MAKCIK TUA YG KURANG SEDAR DIRI tu bole men-sound sy "LAIN KALI SALAM ELOK-ELOK!" siap pukul bahu sy depan org sampai bergoyang 1 badan. dah la aku ni kurus. ceit!

sy ni pun blur je diperlakukan sedemikian rupa sbb tak paham dengan makcik tu. "apakah makcik ni? mental kah? ape salah aku? or dia salah org? mungkin ke dia nak sy cium sampai siku dia?" macam2 soalan la yg berlari2 kat hotak ni. =__="

siyes di sini sy katakan mak apak sy tak pernah nak pukul sy sampai macam tu sekali sbb benda remeh camtu. haa kan dah start kehilangan kesabaran aku ni! makcik tu kononnya nak ajar sy cara2 salam org tua dengan elok la. macam lah mak apak sy tak pernah ajar. WAHAI MAKCIK TUA. SILA LAH CERMIN DULU DIRI DAN RUMAH TANGGA ANDA. jangan sibuk nak ajar org lain sampai diri sendiri punya salah tak nampak oke!

lepas tu sy mengadu dekat ibu sy. habis kecoh 1 kampung sy cerita (biasalah. dalam kenduri mst ada ngumpat2. baru lengkap) haha. bukan sy anak manja. tp saja nak puaskan hati je.

bila esoknya hari ahad 24 july kitorang beramai2 pergi menziarahi kubur termasuk makcik lancang tadi tu. biasa lah kat tanah perkuburan mestilah sunyi kan. cuma dengar org baca2 doa je. TIBA-TIBA lagi.... handphone makcik tu berbunyik. pumpam pumpam! perghh.. memekak gila punya. 'weh makcik tak reti nak hormat ke org tengah baca doa? haritu beriya2 benau nak ngaja aku. sekarang dia plak buat hal. BIADAP SUNGGUH!' *cakap dalam hati je*

sy ni bukan lah nak kurang ajar sangat. tapi agak2 la kan.. elok2 sy ni hormat kat dia sebagai saudara sy dan org yg tua dari sy terus hilang rasa hormat tu kat dia. lepas tu sy salam dia tak cium tangan langsung. kalau boleh nak elak dari salam dia. siyes tersentap hati mak nak...!





akhir kata YANG MUDA DISAYANGI. YANG TUA DIHORMATI. SAYANGILAH KEDUA ORANG TUA ANDA. nah amek kau. haha :)

ooh ooh kalau lah ayeem ayam TERRR-baca blog yg hina lg dina ni. mintak tolong lah dia buatkan tutorial pasal CARA2 SALAM ORANG TUA DENGAN SEBETUL2NYA. hihi. pelis pelis pelishhhh...

-cikmona-

15 comments:

Ayeem Jemain said...

haha akan diusulkan ke duniatuto. btw, makcik tu dr negeri mana eh?

cilamasda said...

yes yes! terima kasih daun keladi. rasa mcm nak meninggal je masalah aku bakal diselesaikan oleh AYEEM AYAM yg 'hebat' dlm menyelesaikan masalah. bhahah. makcik tu org banting.. org jawa la..

Ayeem Jemain said...

hahaha jawa pon macam tu?? ayeem yg org jawa ni sendiri pon tak tau apa yg makcik tu nak. hahaha

cilamasda said...

ha kan tak senonoh an.. menjatuhkan maruah org jawa yg baik mcm kita2 ni je kan.. hahaha. nak buat cerita dekat fuuubook lah. haha

Ayeem Jemain said...

haha kat fuuubook siap. http://duniatuto.blogspot.com/2011/07/bagaimana-hendak-bersalam-dengan-orang.html

Ieqa Rahim said...

len kali xpyh salam da...ataupun salam smbl goyangkan tgn die kuat2 smpai bgegar bdn die...hahahahaha...

asnizaziz said...

mungin makcik tu nak suruh salam sambil cium pipi kot..huhu :p

cilamasda said...

ayeem: yela.. aku nak tunjuk kat smorang yg aku tgh mrh. haha. trime kasih berjuta lemon ye buat tuto salam org tu.. :)

ieqa rahim: ha. okeh! 1 cadangan bernas gak tu.

asniaziz: huh! tak kuasa mak. muka tu manis xpe. ni bengis je. xslera nak laga2 pp ngn dia. hahaha

kajaharuna said...

KURANG AJAR BETUL MAKCIK TU..
mst mak apak makcik tu x ajar dia sopan santun mase kecik dulu..

zoul said...

makcik 2020 saya lagi sopan dari makcik tu...ehehe...

kalau salam dapat duit x pe la gak...:P

dill said...

apekah motif makcik itu?

dill.

Yana Farinha said...

Hye.. dah folo blog awk… nice blog.. jom singgah blog kita. www.duniasigadisberseliparhijau.blogspot.com

cilamasda said...

kajaharuna: err kaja.. mak dia nenek aku. tapi kan aku rasa nenek aku dah ajar dia. cume die je yg bodoh. kan kan.. haha

pandangkedepan: hah kan kurang sopan betol makcik tu. kot kot salam dpt belian berebut2 gak aku nak salam. ni hampeh je..

dill: makcik tu gila! hahah

yana farinha: ooh terima kasih daun keladi yaww. akan singgah kat situ..

pinoc said...

biaselah makcik2 ni.... aritu saya pun kena marah dgn makcik cuci tandas. dia tengking2 suro kuar...org da sakit perut ni.

tp sbb dia lg tua, sabo je an, senyum je la.. pastu sy ckp mcm ni smbil buat muke paling suci, " makcik lama lagi yer cik, xpe, sy tunggu kat luar ye"

agaknye terus sejuk ati dia, terus dia jwb, "ha, da nak siap da ni, kejap yer"

tp bila org lain masuk dia mara pulak. suro kuar...

*(terpanjang pule komen saye)

mrs kayrul said...

giler over makcik tue..mungkin cara dia salam package kena kiss pipi kot..hehehe

ada gak sedara macam peel makcik nie, kita baru nak cium tangan terus dia tarik tangan..lepas tue jgn harap la nak salam tangan orang tue lagi...tak rugi pun kalau tak salam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...