BAHAN-BAHAN
+ oat
+ air
+ susu segar
+ 1 - 2 sudu jus lemon (kalau nakkan rasa sedikit masam)
+ buah-buahan segar (tembikai, tembikai susu, anggur, strawberi, limau manis, nenas)
+ 2 sudu madu
+ kismis kuning atau kismis hitam
CARA MEMBUAT
1) oat direndam dalam air selama 1/2 jam supaya kembang dan toskan airnya
2) panaskan susu segar dalam periuk dan masukkan oat tadi supaya sebati/sedikit pekat (kalau tak nak pekat kurangkan oat)
3) masukkan madu, jus lemon kismis hitam atau kuning
4) sejukkan sekejap dan masukkan buah-buahan segar yang telah dipotong. gaul dengan sudu
*sukatan tidak diberi sebab ikut suke korang la nak makan berapa banyak/ramai. kalau susu tu jangan la sekotak korang habiskan. bergantung kepada keperluan korang la. buah-buahan pulak tak semestinya macam yg dijelaskan dekat atas tu. nak senang korang beli je buah-buahan campuran dlm tin tu.
Info: untuk mengekal kesegaran buah-buahan. time korang nak makan baru korang campurkan buah tu dalam oat okeyy..
-cikmona-
No comments:
Post a Comment