semalam 1 mei 2011 aku telah menghadirkan diri pada majlis cukur jambul & aqiqah di kampung sungai sireh yg dianjurkan pakcik ABIDEN & FAMILY (wahh kau.. mcm nama company je). bukan sedara aku. bukan jiran aku tapi anak dia SYAFIQAH ABIDEN aka pika biden sahabat baik dunia akhirat dari sekolah rendah tuu... (melampau la kan dunia akhirat) haha!
nak dikontotkan cerita ni kakak kepada pika ni dah beranakkan anak ke-2 dia. baby girl la. tengok la nama kat atas tu. girl kan.... dan baby tu pun dah masuk 4 bulan. dia sangat sihat dan semangat jugak. haha.
tapi time majlis tu aku datang lambat. aku tak tau la ape jadi pagi tu sebab aku sampai pun dah pukul 1pm++. memang datang makan tengah hari je la.. ngam ngam hooo! oke dah penat cerita jum tengok gambaran majlis tu..
mula2 mestilah kita letak gamba tuan rumah kan.. gamba num 1 tu dari kiri kakngah, along (mama aqila), baby aqila (didukung), mama. gamba num 2 ni plak papa.
ooh hampir terlupa saya nak kenalkan. yang jelita diseblah kiri tu lah sahabat saya. pika biden!! cute kan beliau..??
ni anak pertama along dia. i tak brape nak ingat la nama dia. yg i ingat ada danish. sebab memang panggil pun nama tu je. hahahaa..
jeng jeng!! inilah 3 DARA PINGITAN!! kenapa 3? kat gamba kan ada 4.. bikosnye yg paling kiri skali tu (free hair) dia dah kawen!! hahaha. macam tak percaya kan...?? mari2 sy nak kenalkan 1 per 1. dari kiri: mia, pika biden, aku (baju oren yg cun melecun) dan kaja harun. kenapa baju dorang hampir sama?? sbb tema dia purple n pink. tapi aku?? lari tema dohhh!! kesian kan keciciran. bhahaha!
tertinggal pulak tadi. yg pakai baju purple ujung belah kiri ni (pakai tudung) nama dia aini!! kawan dari sekolah menengah. huhuhu. oww prezen yg pika biden pegang tu i bg utk birthday dia yg lepas masa bulan february. punyalah kehulu kehilir dia tayang kat org ceit! bikin panas ati je. hahaha
taraa!! ini ARWINA AMSIDOM. dia suroh aku panggil dia awin. aku memang takde kene mengena dengan dia n tak pernah kenal dia. cuma hye hye bye bye kat pesbuk je. at last berjumpa jugak kami di majlis ni. sebab dia ni kawan sekelas serumah sebilik sekatil sebantal dengan kaja n pika tadi tu. ooh tak lupa dialah kemregirl (suke2 aku je) masa kenduri tu. dan dia jugak lah yg membenarkan aku mencurik gamba ni dari dia. TERIMA KASIH AWIN.
ni bukan anak aku tau. sebab aku belum kawen (wahh ayat mcm teringin. getik lah!). kembar ni lah yg buat kecoh sekampung. haha perangai nak klaka je la korang ni.! mak dia si mia td tu la. mak dia umur sama ngn aku tp beranak kembar. subur siotttt!! bhahahaha
2 gamba kat atas ni pulak adalah manusia2 gatal yang dah teringin sangat nak kawen. dorang ingat aku jeles la tu. never say never wehh.. *tiba2*
orang yg kat seblah kiri ni sila abaikan.. bhahahah! aku nak cerita pasal yg dok seblah kanan tu. dia kawan lama aku jugak masa sekolah rendah agama dulu (aku sekolah agama tau.. jgn main2. solehah ni). kalau jumpa tu still lagi tegur2 gedik2 cthnya mcm heyy hawau u?? i'm fine..watchu duin now?? ooww u look bery biutiful hah.. am i?? (aku tipu!) haha. nama dia SYAMIMI. comel bukan nama dia
wahh ni tak bole lupa. makanan dia. banyak pilihak n sodap2. nom nom nom...
time ni org tengah ramai dtg makan. i belom sampai lagi pun time ni..
ni abang2 angkat pinggan, tambah lauk, cuci pinggan, segala2ne dorang ah. tanpa dorang tak bole la kita datang pakai gleme2 sebab nanti sume kita kene buat snirik. kan kan. terima kasih jugak kat dorang. hahaha
takat ni je la aku termampu nak upload n membebel. ade banyak lagi. kalau nak letak sume tak yah keje la aku esok. dok hadap blog je. haha. pape pun terima kasih kat pakcik abiden & family yang sudi menerima sy dengan baik sebagai tetamu pada haritu (ayat super power betol la aku ni!). yang paling penting skali mestilah dekat arwina amsidom yg memberi keijinan aku amek gamba2 ni dari dia. TERIMA KASIH DAUN KELADI lagi skali. tanpa dia tak meriah lah blog aku dgn gamba2 yg byk ni (ayat baik ni supaya dia amek gamba aku byk2 kalau jumpa lagi.) haha. kepada tuan punya badan yg baca nanti jgn lah ada yg terkecik ati dengan ayat2 aku okeyy.. bak kata amir RL "em sori.."
-cikmona-
-cikmona-
7 comments:
undek kau ckp aku gatal~~ hahahah... pape pon best :)
ahahahaha mke ak xbole blar yg ko letak .... imak itol ... heee
Kaja: betol wat... Salah ke aku? Hahaha
Pika: jelite kan wajah kau. Aku ske sgt. Bhahaha
ehhh.. xla, kau mmg betul :)
mriah sungguh.. :D
wah.. meriah.. :D
sungguh mriah :P
Post a Comment