Thursday, February 10, 2011

CONTEST: COMELNYA BERBAJU KURUNG

helo.. ini adalah kali pertama saya join contest. selama ni tak pernah rasa macam nak cuba ke apa ke.. kali ni titibe pulak terasa nak join. takpe lah kita cuba je kan..

so kita punya contest kali ni dianjurkan oleh cik siti kita ni ha..



untuk maklumat lebih lanjut sila TEKAN


tapi! sebelum saya meletakkan gambar saya berbaju kurung saya perlu menjawab soalan ni dulu..

soalannye berbunyik macam ni..
Kenapa korang rasa perempuan pakai baju kurung itu comel?

jawapan saya..
Saya rasa perempuan pakai baju kurung itu comel kerana ianya menampakkan kesopanan keanggunan dan keayuan seseorang individu itu berbanding dari memakai seluar. jadi bila digabungkan ketiga tiga elemen tu maka teserlahlah kecomelannya serta manis je bila dipandang. bak kata orang tua tua sedaplah sikit mata memandang :)



taraa! ni lah gamba saya. saya pilih gamba ni sebab ramai yang suka tengok gamba saya tolak kereta ni. (harap harap cik siti pun suka la jugak. huhuhu..). dan sebab saya letak gamba ni jugak kerana saya ingin menunjukkan walaupun seseorang perempuan tu memakai baju kurung tak bermakna dia seorang yang lemah, lembik dan sebagainya.

sebelum saya mengakhiri contest ni saya nak kena jawab soalan terakhir dari cik siti ni. cik siti telah menanyakan pendapat tentang baju kurung..

jadi pada pendapat sayalah, baju kurung ni macam evergreen fashion lah.. bak kata orang melayu tak luput dek zaman gitu.. pakai la sampai bila2 pun orang takkan kata kita outdated, walaupun kita memakai rekaan asal baju kurung tu (maksudnya sebelum dimodenkan macam sekarang ni). tak macam fesyen fesyen lain yang hanya mengikut perkembangan semasa, lepas tu bila dah lama2 orang dah tak pakai lagi. jadi kesimpulannya kita haruslah berbangga dengan pakaian tradisional kita. tak payah lah nak malu malu. daripada kita pakai pakaian yang terdedah sana terdedah sini lagilah malu.!

*huu panjang pendapat saya. berpeluh cik siti kita nak baca.*

oke second last punya syarat contest ni adalah follow cik siti kita ni.. dan saya dah pun follow! :)

dan yang last last last skali tag 5 orang kawan kita. (pastikan mereka tu perempuan. haha)


saya tag :


-cikmona-

4 comments:

Anonymous said...

good luck..:)

cilamasda said...

hihi. tq cik siti :)

mykhalis said...

wahh..mennjukkan gaya yang lain..biasanya bergmbar ayu..haha..pandai tarik hati juri

cilamasda said...

haha. gaya tolak kereta baru la gagah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...