Tuesday, February 22, 2011

BANTAH SEKOLAH DISWASTAKAN



KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) semalam membantah langkah menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata, dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu terhad kepada penambahbaikan infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Katanya, penswastaan bidang lain akan melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lalu bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan. - Bernama

Sumber: Metro

p/s: kalau jadi lah kan.. nasib aku dah abis sekolah


-cikmona-

1 comment:

mykhalis said...

terukala kalau sekolah di swastakan..mungkin dikatakan perkhidmatan lebih baik,,tapi camne dengan kos? bukan semua orang mmpu..biarlah dahulu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...