Wednesday, December 22, 2010

KOMPITER LAGI KOTOR DARI JAMBAN??

TANPA kita sedari, komputer yang sering digunakan di pejabat mempunyai 400 kali ganda bakteria drpd tempat duduk tandas a.k.a JAMBAN.!

Kajian dijalankan Pusat Penyelidikan Kebangsaan untuk Wanita dan Keluarga Amerika Syarikat itu juga mendapati telefon di pejabat juga mungkin menempatkan lebih daripada 25,000 kuman bg setiap keluasan 1inch persegi.
Meja,papan kekunci dan tetikus komputer juga tidak jauh beza. Hakikatnya, pejabat adalah antara tempat yang paling banyak mengumpul kuman di sekeliling kita.

Selain itu, mereka yg terlalu asyik menggunakan alatan membabitkan skrin sentuh spt telefon bimbit juga harus berhati2. Pakar penyakit berjangkit di Australia mendapati alatan skrin sentuh terbukti sebagai 1 cara mudah untuk menyebarkan kuman.
Pengarah Penyakit Berjangkit dan Mikrobiologi Universiti Nasional Australia, Prof Peter Collignon, mendapati dalam satu kajian, terdapat risiko yg tinggi penyebaran kuman dan virus drpd permukaan kaca seperti telefon pintar dan iPad kepada kulit manusia.
Penyelidik mendapati, kira-kira 30 peratus drpd kuman pada telefon skrin sentuh disebarkan ke tangan pengguna dan sebahagian kuman terbabit pula akhirnya memasuki tubuh.

Kuman yang dipindahkan menerusi tangan biasanya kuman yang boleh menjadi punca pelbagai penyakit, drpd selesema hingga kpd penyakit serius.

Jika anda rajin ke kelab kesihatan atau gim, pastikan anda mandi menggunakan sabun bersesuaian untuk menyingkirkan saki baki bakteria apabila selesai bersenam.

Troli yg digunakan utk membeli-belah juga tempat pengumpul bakteria. Setiap hari pembeli akan mengisi pelbagai jenis barangan terutama makanan basah.

Bermacam butang yang kita tekan saban hari, sama ada butang lif, mesin ATM dan seumpamanya.
Satu kajian mendapati secara purata butang ATM mengandungi 1,200 kuman, iaitu lebih banyak drpd kebanyakan tombol pintu tandas awam.

Mungkin ramai menyifatkan tandas atau bilik air tempat yang kotor tetapi lazimnya, bilik air sering dibersihkan malah dinyah kuman.
Berbeza dengan butang pd mesin ATM, sinki dan alas pemotong yg mempunyai organisme mikro yg ditinggalkan oleh daging dan sayuran mentah. Siapakah yang membersihkannya?

Apapun, kuman seperti E-coli dan salmonella sebenarnya mudah dihapuskan. Apa yg penting, bersihkan sinki menggunakan pembersih antibakteria selepas menyediakan atau membersihkan makanan.

Antara langkah untuk mengurangkan kuman dalam rutin seharian adalah penggunaan semburan pembersih tangan tanpa bilas (sanitizer).

2 comments:

MOQ said...

eleh.. ko nak promote DETTOL HAND HYGINE ke??

cilamasda said...

eleh bia ah. kalo aku tak cakap kau tau ke..?
kau ape tau.. berak je tau.!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...